September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Album Kedua The Troops of Doom Bakal Dikeluarkan Pada Mei Ini

2 min read
Spread the love

Bekas gitaris Sepultura dan yang kini merupakan anggota kumpulan The Troops of Doom, Jairo “Tormentor” Guedz baru-baru ini telah mendedahkan bahawa lagu baharu mereka ‘Chapels Of The Unholy” akan menjadi lagu yang dipaparkan dalam album terbaharu mereka nanti, di mana mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album baharu pada bulan Mei tahun ini juga.

Sebelum ini, The Troops of Doom telah mengeluarkan lagu tersebut sebagai sebuah single terbaharu mereka and berikutan itu, peminat The Troops of Doom kini juga boleh mendengar lagu itu melalui YouTube dengan mengikuti pautan ini: https://youtu.be/nVWjvxkjhSQ

Selain itu, Guedz turut mendedahkan album mereka yang seterusnya akan diberi tajuk ‘A Mass To The Grotesque’ dan album itu akan dikeluarkan pada 31 Mei oleh Alma Mater Records. Setelah dikeluarkan nanti, ia akan menjadi album kedua mereka, setelah mereka mengeluarkan album pertama mereka ‘Antichrist Reborn’ pada tahun 2022.

Menurutnya kumpulan itu telah memilih lagu ‘Chapels Of The Unholy’ sebagai single pertama mereka, kerana mereka percaya ia merangkum dengan sempurna intipati album dan hala tuju yang mereka ambil dengan keluaran baharu itu.

“Ia adalah lagu yang sengit dan garang yang membawa ke permukaan akar death metal kami. Selain itu, liriknya bercakap tentang keruntuhan iman dan kegelapan dalam fikiran manusia, yang merupakan tema yang saling berkaitan dengan konsep album baharu ini.

“Chapels of The Unholy bukan sahaja mewakili apa yang peminat boleh jangkakan daripada album secara keseluruhan tetapi juga berfungsi sebagai pengenalan hebat kepada dunia aneh yang kami cipta,” katanya.

A Mass To The Grotesque boleh didengari melalui platform muzik digital seperti Bandcamp di negara asal kumpulan itu di Brazil, dan seluruh dunia tidak lama lagi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page