September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Alami Sinestesia Efek Rumah Kaca Di Zepp KL 25 Oktober Ini

2 min read
Spread the love

Penganjur Umumkan Diskaun 15 peratus Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia

Menjadi antara band senior yang berjaya menyentuh hati peminat lewat cerita kehidupan yang dibalut sempurna dalam beragam melodi yang mengasyikkan adalah jawapan mengapa Efek Rumah Kaca masih wujud dalam belantika muzik.

Seperti nama band ini, Efek, ia benar-benar memberi efek buat pendengar saat Cholil Mahmud (vokal utama, gitar), Poppie Airil (vokal latar belakang, dan Akbar Bagus Sudibyo (drum, vokal latar belakang) memulakan perjuangan seni sejak dulu hingga kini.

Meski sempat kurang melakukan persembahan panggung lantaran memberi keutamaan terhadap hal lain sekaligus tumbuh banyaknya band generasi baharu, Efek Rumah Kaca tidak mudah dilupakan.

Pernah berkongsi panggung dengan rakan seperjuangan pada 2022 di Malaysia, band asal Jakarta ini hadir kembali ke tanah air. Kali ini Efek Rumah Kaca hadir ke Malaysia secara solo. Kembalinya band yang juga sinonim dengan akronim ERK ini ke Malaysia adalah kerana memenuhi permintaan peminat yang tidak puas menikmati efek-efek muzik mereka yang hanya bertebaran sedikit saat persembahan dua tahun silam.

Maka penganjur Shezco Sdn Bhd dengan senang hati membawa Efek Rumah Kaca ke ibu kota lewat konsert solo yang diberi nama DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL, yang dijadual bertamu pada 25 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Shezco Sdn Bhd, sengaja judul konsert dinamakan Di Udara sempena mengambil nama salah satu tembang popular yang dilahirkan pada 2007 menerusi album sulung mereka, Efek Rumah Kaca.

“Secara simboliknya kami menamakan persembahan panggung ini sebagai Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL sempena pertama kali setelah sekian lama ERK tidak beramah mesra dengan peminat mereka di Malaysia.

“Jadi muzik dan kasih sayang di antara ERK bersama peminat akan bertebaran di udara sepanjang malam 25 Oktober 2024 di ruang Zepp KL kelak,” ujar Kamarul Hafizad @ IJAD dari Shezco Sdn Bhd.

Buat Cholil tidak ada yang lebih bahagia saat dia dan rakan ERK diberi penghormatan menemui peminat dan akan mendendangkan banyak hit mereka dengan senang hati.

“Kami berasa senang untuk kembali ke Malaysia dan kali ini lewat DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL, ERK akan lebih intim berpesta dengan peminat kami.

“Sampai ketemu semua tanggal 25 Oktober ini. Semoga kita menikmati sinestesia bersama nanti,” ujar Cholil.

Untuk menikmati indahnya karya ERK dari Kamar Gelap, Jatuh Cinta Itu Biasa Saja, Balerina dan Cinta Melulu, jangan terlepas dapatkan tiket anda di ILASSOTICKETS.COM atau hubungi talian 03 4816 8029.

Menariknya, pihak penganjur dengan berbesar hati memberikan potongan harga sebanyak 15 peratus kepada 50 pembeli tiket. Diskaun tersebut berlangsung mulai 22 Ogos sehingga 31 Ogos sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Dengan pembelian 2 tiket berdiri (standing) pembeli akan mendapat potongan harga sebanyak 15 peratus.

Tiket-tiket berharga RM188 (CAT 1 / FREE STANDING), RM218 (NORMAL STANDING), RM268 (CAT 2 / PREMIUM SEATING), RM448 (ROYAL BOX), RM3,500 (PACKAGE 8 PAX / MEET & GREET) menanti anda semua.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page