April 15, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Aku Stacy Menggegar Kota U”: Sebuah Penghormatan Seni & Cinta Buat Sabah

Spread the love

Tahun 2025 bakal menjadi detik paling bermakna dalam perjalanan seni seorang bintang yang telah menyalakan pelita muzik pop Malaysia sejak lebih sedekad lalu — Stacy Anam. Setelah lama dinanti, akhirnya penyanyi kelahiran Penampang ini bakal menggegarkan negeri kelahirannya melalui konsert solo mega pertamanya, diberi judul “Aku Stacy Menggegar Kota U”, yang akan berlangsung pada 21 Jun 2025, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Apa yang membezakan konsert ini dari mana-mana persembahan Stacy sebelum ini adalah intensitinya. Ia bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pentas memoir yang menghimpunkan seluruh peluh, cinta, dan evolusi seni Stacy sejak langkah pertamanya dalam dunia hiburan — bermula dengan kemenangan sensasi dalam Akademi Fantasia musim keenam, hingga kini menjadi ikon pop berkaliber tinggi.

“Ini hadiah saya untuk Sabah. Saya mahu konsert ini menjadi sesuatu yang tidak hanya menghiburkan, tapi menginspirasi. Saya mahu penonton rasa heartbeat sebenar seni saya,” ujar Stacy ketika sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di SICC pada 10 April lalu.

Sebagai tambahan yang membuatkan konsert ini lebih manis, Stacy akan berkongsi pentas dengan suaminya yang juga rakan seperjuangan dalam dunia muzik, Akim Ahmad. Pasangan ini bakal mempersembahkan segmen duet khas yang dijanjikan sebagai momen paling romantik dan beremosi sepanjang malam itu.

“Setiap lagu nanti bukan sekadar lagu, ia datang dengan cerita. Dan untuk segmen bersama Akim, memang ‘bersemut’ habis. Kami nak hadiahkan sesuatu yang ikhlas dari hati kami berdua,” kongsi Stacy dengan senyuman penuh makna.

Mengukuhkan lagi impak persembahan, Stacy tidak hanya menjadi penyanyi utama tetapi juga artistic director untuk keseluruhan konsert. Dari pemilihan penari — gabungan bakat dari Semenanjung dan Sabah — hingga ke susunan muzik dan konsep visual pentas, semuanya hasil tangan dan visi kreatif Stacy sendiri.

Peminat akan dibawa menyusuri fasa-fasa penting dalam kariernya, dari “Aku Stacy”, “Kasanova”, “Gempur” hinggalah ke “Menyala”, dalam persembahan yang dipakejkan dengan koreografi segar dan visual bertaraf antarabangsa.

Tiket konsert kini boleh didapati secara rasmi di www.ticket2u.com, dan berikut adalah harga serta kategorinya:

  • Not For Sale (Seating) – RM6,000 (Kategori eksklusif VIP, hanya atas jemputan)
  • Aku Stacy (Seating) – RM399
  • Pelangi Senja (Free Standing) – RM257
  • Gilalah (Free Standing) – RM197
  • Jahat (Free Standing) – RM137

U Mobile selaku penaja utama turut mempersembahkan pelbagai konten eksklusif di sebalik tabir, termasuk latihan, persediaan kostum dan sneak peek koreografi, menerusi saluran digital mereka. Pastikan anda ikuti akaun rasmi Stacy dan U Mobile untuk perkembangan terkini serta peluang mendapatkan merchandise khas konsert ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page