September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Aku, Kau dan Bintang’ Taruhan Terbaru Dinda Dania

2 min read
Spread the love

Penyanyi berbakat besar di bawah naungan Rocketfeul Entertainment, Dinda Dania telah melancarkan sebuah lagu terbaru yang berjudul “Aku, Kau dan Bintan’ berkolaborasi bersama bakat baru yang sedang meningkat naik iaitu  Faiz Ruzayn dan YBJ. 

Aku, Kau dan Bintang mengisahkan seorang lelaki yang pertama kali jatuh cinta. Dia mengharapkan hubungan bersama kekasihnya itu akan kekal. Malah, mereka menjadikan bintang di langit sebagai lambang kesetiaan dan keindahan. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak diterima dan terpaksa berpisah dan hanya langit dan bintang sebagai lambang kenangan bahawa mereka pernah bersama. 

“Istimewanya lagu ini, firstly saya (Dinda) kena rap. Since, semua orang mahukan saya ada sebuah lagu rap sendiri, jadi saya harap peminat akan suka lagu ini.” Kata Dinda apabila bercerita mengenai keistimewaan lagu ini buatnya. Bukan itu sahaja, Dinda juga merasakan kolaborasinya bersama Faiz Ruzayn dan YBJ juga membuatkan lagu ini lebih menarik dan setiap pendengar harus mendengarnya. 

Selain itu,Lirik dan gubahan lagu ini mendapat sentuhan daripada penyanyi lagu ini sendiri iaitu Faiz Ruzayn dan YBJ. 

“Inspirasi lagu ini tercetus ketika saya (Faiz) duduk bersendirian dalam keadaan perasaan kecewa. Untuk mengubat kekecewaan tu, saya terus menunggang motosikal ke Bukit Ampang untuk mencari bintang sebab nak mengubat kerinduan.” Cerita Faiz Ruzayn akan bagaimana beliau memperoleh ilham untuk menulis lagu ini. 

Tambah Faiz lagi, selepas bertemu YBJ dan menceritakan lagu ini, mereka telah mencipta melodi lagu tersebut.. Hasilnya, empat jam kemudian terhasil lah lagu Aku, Kau dan Bintang. Proses rakaman lagu bersama Dinda Dania pula berjalan selama dua hari di studio rakaman dan semuanya berjalan dengan lancar. 

“Proses untuk merakam lagu ini ni agak mencabar untuk Dinda sebab ini kali pertama saya merakamkan lagu rap untuk lagu terbaru saya sendiri.” Ujarnya mengenai cabaran akan lagu ini. “Selalunya saya hanya menyanyikan lagu rap secara live tetapi hanya cover lagu orang, so agak berbeza bagi dinda kalini.” Tambah Dinda lagi. 

Selain itu, Dinda Dania bersama Faiz Ruzayn dan YBJ juga sentiasa bertukar pandangan dan mencurahkah idea masing-masing sepanjang proses rakaman lagu ini. Biarpun mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan gaya dan penyampaian yang sesuai namun, hasil yang diberikan sangatlah baik dan mempunyai magis yang tersendiri. 

Menurut Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, Syakireen Othman,pihak Rocketfuel percaya penampilan terbaru Dinda membawakan lagu bergenre sebegini diharapkan lebih dekat lagi dengan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Disamping itu, lagu Aku Kau & Bintang ini juga bakal menjadi runut bunyi (OST) sebuah drama bersiri terbaharu yang dibintangi oleh Mierul Aiman & finalis Dewi Remaja 2024, Arabella Ellen.

Anda boleh terus strim terus lagu Aku, Kau & Bintang versi Dinda Dania di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta berpeluang menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels menggunakan lagu ini.

Manakala, video muzik rasmi lagu ini akan dilancarkan melalui saluran YouTube Recketfuel Entertainment tidak lama lagi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page