September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Airliftz Kembali Dengan Rentak UK Garage Dan 2-Step Untuk ‘Born July’

2 min read
Spread the love

Bintang irama R&B dan Hip-Hop terkenal RedRecords, Airliftz, telah kembali menjadi tumpuan peminat muzik apabila beliau telah mengeluarkan single lagu terbarunya yang diberi tajuk ‘Born July’. Lagu terbaru beliau kali ini juga mempunyai pengaruh genre muzik UK garage dan 2-step yang ketara, hasil gubahan produser Shelhiel, yang pernah bekerjasama dengannya untuk single, ‘Princess Bubblegum’ sebelum ini.

Born July kini boleh didapati di semua platform muzik digital semenjak 21 Julai tahun ini (2023) manakala muzik video rasminya telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube Airliftz pada tanggal 28 Julai tahun ini juga.

Menurut Airliftz, Born July menjadi testimoni kejujuran yang menghibakan dari diri beliau yang turut juga menjadi refleksi buat perjalanan kehidupan sepanjang perjalanan karier seninya sebagai artist bergelar Airliftz. Beliau juga telah berbicara tentang Born July sebelum ini juga melalui sebuah kenyataan media.

“Single itu berkisarkan tentang perjalanan saya menjadi Alif, iaitu diri saya yang pada hari ini; ia lebih daripada sekadar Airliftz. Mengingati semua masa yang mencabar semasa membesar, muzik menjadi keterikatan saya, membuatkan saya terus maju. Melihat kembali berapa banyak yang saya capai dan akhirnya mengakuinya… ia bersinar sebagai cahaya baru dalam hidup saya,” katanya.

Single itu berkisarkan tentang perjalanan saya menjadi Alif saya hari ini; ia lebih daripada sekadar Airliftz. Mengingati semua masa yang mencabar semasa membesar, muzik menjadi keterikatan saya, membuatkan saya terus maju. Melihat kembali berapa banyak yang saya capai dan akhirnya mengakuinya… ia bersinar sebagai cahaya baru dalam hidup saya.”

Mengambil inspirasi daripada tanda zodiaknya dan menjadi individu Kanser, Airliftz menyalurkan pendedahan yang mengagumkan kerana ia hadir tanpa segan silu pada Born July. Single itu membawa pendengar ke dalam jiwa Airliftz – semua kesakitan dan emosi yang semakin meningkat yang dihadapi oleh dirinya yang lebih muda, melalui suka dan duka, mencari kemenangan kecil melalui ketidakpastian.

Selain daripada itu, Airliftz juga berkata bahwawa singlenya Born July juga turut menjadi kenyataan bagi dirinya, di maana sudah tibanya masanya untuk beliau kembali dengan sebuah kemenangan dan mengecapi kegemilangan.

“Born July adalah penghormatan kepada diri saya yang lebih muda kerana saya telah berusaha dan terus berusaha untuk keluar dari tangkuk yang lama dan terus maju kehadapan. Ini sudah tentu bakal menjadi peringatan buat saya di hari tua nanti,” katanya.

Dengan gaya rap dan vokal yang unik serta pesona pentas yang memukau, Airliftz yang berasal dari Kajang, Selangor telah memikat hati peminat industri muzik. Melalui perjalanan beliau yang penuh cabaran itulah mendorong Airliftz untuk terus mencipta pencapaian yang menjadikan Airliftz, sebuah nama yang sentiasa dipandang tinggi dalam kalangan penggiat industri seni muzik di rantau Asia.

Airliftz juga bakal tampil di acara Formula 1 Singapore Grand Prix tahun ini, yang akan berlangsung pada tanggal 15-17 September di Singapore Marina Bay Street Circuit. Antara barisan artis yang turut bakal membuat persembahan adalah Jackson Wang, Niki, dan Rich Brian dari 88rising, Post Malone, Robbie Williams, dan ramai lagi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page