March 12, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink Kembali Dengan Konsep “Paint the Town Red”

Spread the love

Lebih 100 vendor makanan, 80 jenama fesyen & barisan artis serantau bakal gegarkan MAEPS Serdang

Festival gaya hidup dan muzik terkemuka, AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink, kembali untuk edisi terbaharu dengan konsep berani, “Paint the Town Red”, yang melambangkan tenaga, keberanian serta semangat AirAsia, Hausboom dan Hotlink.

Acara yang bakal berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang ini dijangka menjadi medan pertemuan muzik, fesyen, makanan serta kejutan eksklusif yang meriah buat pengunjung dari seluruh rantau ASEAN.

Antara nama besar yang akan menggegarkan pentas utama termasuklah M Nasir, Jamal Abdillah, Ella, Def-Gab-C, Slam, Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik dan Gerhana Skacinta.

Selain itu, Hausboom turut membawakan barisan artis popular dari Indonesia antaranya Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari.

Festival ini turut memberi ruang kepada bakat baharu tempatan seperti Lucidrari, LOKO, FUGO, TT.13, Spooky Wet Dreams dan The Rudean yang bakal menambah kepelbagaian persembahan.

Menariknya, kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win telah pun bermula sejak Mei lalu dan akan berlangsung hingga Disember 2025. Melalui label edisi terhad pada minuman Hausboom, pengguna berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk 10 tiket penerbangan percuma tanpa had selama setahun, tiket pergi balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE, AirAsia RIDE, Ikhlas.com, wang tunai RM50,000 dan tiket percuma ke festival.

Hausboom dan Hotlink juga melancarkan empat rekaan tin edisi terhad dengan ganjaran mingguan “Menang Ahad” termasuk 1,000 tiket percuma festival, telefon pintar, tambah nilai prabayar, internet percuma serta baucar makanan dan minuman.

Tambah mengujakan, setiap pembeli tiket festival turut berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa menerusi cabutan bertuah yang akan diumumkan secara langsung di pentas utama.

Tahun ini, Hausboom berkolaborasi dengan pengasas platform terkenal KL Foodie, Pin Yang, untuk menganjurkan Hausboom KL Foodie Fest yang menghimpunkan lebih 100 vendor makanan termasuk hidangan jalanan popular dan sajian unik. Festival makanan ini terbuka percuma kepada umum dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Di samping itu, Hausboom Lokal Fest 2025 akan menampilkan lebih 80 jenama streetwear dan gaya hidup termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity, serta koleksi thrift eksklusif daripada SOVO.

“Muzik sentiasa sebahagian daripada DNA AirAsia. Tahun ini sahaja, kami telah bekerjasama dengan lebih 10 festival muzik di rantau ini. Festival ini bukan sekadar tentang muzik, malah merangkumi gaya hidup, makanan dan fesyen.”ujar Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia ketika ditemui media di AirAsia RedQ pada 27 Ogos lalu.

Sementara itu, Azri Zahier Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, turut menyatakan keterujaannya apabila dapat bekerjasama bersama Hotlink sebagai rakan rasmi yang telah memasukki tahun kedua. Ianya sekaligus memberikan lebih nilai dan ganjaran kepada peminat festival. Beliau juga turut menyatakan keterujaan apabila dapat berkolaborasi bersama Perodua dan KL Foodie turut menjadikan pengalaman kali ini lebih istimewa.

Peminat boleh mendapatkan tiket berkategori General Admission – RM119, Rockzone – RM299 dan WIP Pass – RM1,200 (akses premium termasuk dek tontonan eksklusif, makanan & minuman tanpa had, tandas peribadi dan laluan ekspres).

Dengan gabungan muzik, makanan, fesyen serta hadiah-hadiah hebat menanti, AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink dijangka menjadi salah satu acara hiburan paling hangat tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk “Paint the Town Red” bersama ribuan peminat muzik dari seluruh rantau!


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page