September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Adam Matiin Pertaruhkan ‘Detak Cinta’, Membuktikan Kecintaannya Kepada Bidang Seni

Spread the love

Nama Adam Matiin mungkin agak ‘janggal’ bagi sebahagian peminat seni di sini, meskipun beliau telah bergiat aktif dalam bidang seni sudah sekian lama.  Buktinya dia pernah menghasilkan sebuah single berjudul HEY LADY pada tahun 2021, dimana ketika itu dia ingin dikenali sebagai Adam Nordin . Setelah 3 tahun kini Adam Nordin kembali dengan single terbaru DETAK CINTA dengan konsep yang berbeza dan lebih matang bersama jenama baharu iaitu Adam Matiin.

Adam adalah pelajar lepasan degree ( Bachelor Of Music ) Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA ) Kini bekerja di Singapura sebagai tenaga pengajar vokal di sebuah institut muzik.

Single terbaru Adam berjudul Detak Cinta adalah ciptaan sepenuhnya Adam Matiin. Susunan muzik oleh Alan Monosterio dan sesi rakaman dijalankan di Studio Asia Empire Records Malaysia. Adunan oleh Anep Monosterio

Adam Matiin mempunyai pengalaman luas didalam persembahan pentas dan turut menjuarai beberapa pertandingan nyanyian sehingga ke peringkat asia.

Berinspirasikan artis seperti Celine Dion dan Anuar Zain, muzik Adam lebih menjerumus ke genre pop ballad , blues dan jazz. Walaubagaimana pun Adam tidak sama sekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru didalam pilihan jenis muzik. Dengan daya yang ada Adam akan terus berusaha untuk buktikan menjadi seorang penyanyi versatile.

Ini adalah kali kedua bekerjasama dengan syarikat rakaman Asia Empire Record . Pada 6hb September 2024 Adam telah mengadakan showcase di Alor Setar dan berjaya menarik minat penonton dengan sangat luarbiasa. Ini adalah kali kedua Adam membuat mini showcase solo.

Adam berharap agar lagu dan karya beliau dapat diterima pendengar serta memberi ruang untuk sama sama memeriahkan industri muzik tanahair. Kini Adam dalam perangan untuk merakamkan beberpa lagu terbaru dan mungkin akan hasilkan album pertama.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page