September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Abstraknya Muzik Video Gostan

1 min read
Spread the love

Penerbitan Pancasona, sebuah syarikat penerbitan 360 darjah yang dimiliki oleh loQue, kini melancarkan muzik video single “sulung”, berjudul “Dia Datang”, dari kumpulan Gostan, sebuah projek band kolaborasi.

Muzik video ini juga bukan seperti muzik video yang biasa kita tonton, kerana lagi sekali, loQue menyajikan sebuah cerita pendek di dalamnya. Muzik video ini telah dihidupkan oleh seorang pelakon legenda, terkenal sejak awal 90-an dan amat disegani sehingga kini, tak lain dan tak bukan, beliau adalah Azhar Sulaiman! Di mana muzik video kali ini, sarat dengan “tarian Nusa yang santai lagi bersahaja, di tengah tengah ibu kota” dipersembahkan oleh Azhar Sulaiman sendiri.

Pada tarikh yang sama, Pancasona dan monoloQue juga  tampil dengan karya visual Muzik Video berkonsepkan ‘futuristik’ atau “Sains Khayalan”.

Lagu Cinta, single terbaru dari monoloQue, dilancarkan pada Januari tahun ini, diterjemahkan monoloQue sebagai kembali ke pangkal jalan, kembali meraikan irama dan melodi  Namun, itu cerita lagunya, sekarang cerita visualnya.

‘Cerpen’ Lagu Cinta dilancarkan berdasarkan konsep cerita pendek (short film) bersama penghasilan naratif visual ‘hybrid’ berkonsepkan ‘distopia’ diharapkan dapat membawa penonton bersama-sama mengembara ke alam runut bunyi audio visual Lagu Cinta , mengalaminya secara 360 darjah yang lari dari muzik-muzik video biasa yang lazimnya lebih berbentuk persembahan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page