February 26, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Abang Ngah ‘Berderai Air Mata’, Lakonan Sobri Anuar Dalam Keluarga Iskandar 3 Raih Pujian Penonton

Spread the love

Episod terbaharu drama bersiri Keluarga Iskandar 3 nyata meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan penonton apabila babak penuh emosi melibatkan watak Abang Ngah berjaya meruntun perasaan ramai.

Lakonan Sobri Anuar yang memegang watak tersebut terus menjadi bualan hangat di media sosial, khususnya selepas adegan menyayat hati susulan pemergian Kak Ngah lakonan Susan Lankester yang disifatkan sebagai antara momen paling menyentuh perasaan setakat ini.

Rata-rata penonton mengakui masih belum dapat ‘move on’ dengan kehilangan watak berkenaan, malah memuji keupayaan Sobri menjiwai emosi seorang abang yang berdepan kehilangan insan tersayang dengan begitu realistik dan penuh keikhlasan.

Ada yang menyatakan setiap ekspresi yang ditampilkan terasa sangat tulus hingga membuatkan mereka turut sama merasai kesedihan yang dipaparkan di layar kaca. Malah, tidak kurang juga yang berpendapat lakonan Sobri dalam episod berkenaan antara yang terbaik sepanjang musim ini ditayangkan.

Antara Komen Netizen

Kekuatan emosi yang dibawakan bukan sahaja menjadikan watak Abang Ngah lebih hidup, malah berjaya mendekatkan jalan cerita dengan realiti kehidupan sebenar sehingga mengundang empati penonton.

Selain Sobri, drama ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Anita Baharom, Baizura Kahar serta Raja Ema.

Keluarga Iskandar 3 bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan turut boleh distrim menerusi aplikasi Sooka.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page