“A Settlement Affair 2.0: The Gathering” Gegarkan Bandar Jengka Disember Ini

Penggemar muzik ekstrem bakal disajikan dengan pesta gegaran bunyi tanpa kompromi apabila acara “A Settlement Affair 2.0: The Gathering” kembali menyatukan pemuzik dan peminat metal bawah tanah dari seluruh Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada 6 Disember 2025 (Sabtu), bermula jam 4.30 petang hingga selesai, bertempat di Gema8 Studio, Bandar Jengka, Pahang.
Dianjurkan bersama oleh Jengka Metalhead Troopers dan Segamat Death Metal, edisi kedua ini menjanjikan pengalaman lebih berat, lebih brutal, dan lebih padu dengan barisan kugiran metal tempatan yang sedang meningkat naik dan sudah mapan dalam kancah underground.
Antara kumpulan yang akan mengganas di pentas adalah Langsuir, Parasite, Brutalator, Infectious Maggots, Inhuman, Abyssless dan Anguish
Harga tiket ditawarkan serendah RM40 (pembelian awal) dan RM50 (pintu masuk) – satu tawaran berbaloi bagi pencinta muzik tegar yang ingin menyaksikan persembahan langsung band-band ini dalam suasana intim dan penuh tenaga.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada beberapa organisasi dan platform yang giat menyokong pergerakan muzik bawah tanah Malaysia seperti Gema8 Studio, Malaysia Music Scene, dan Extreme Noise.
Dengan gabungan elemen death metal, grindcore dan brutal slam, “A Settlement Affair 2.0” bukan sekadar konsert – ia adalah pertembungan komuniti, semangat solidariti, dan perayaan kebisingan yang tulen dari akar umbi.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat digalakkan mengikuti laman sosial rasmi penganjur atau terus ke Gema8 Studio.