October 21, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Azmani Tampil Solo, Pertaruhkan ‘Romantis Sandiwara’

Spread the love

Bekas Vokalis Kumpulan Positif dan Kulit kini Kembali Mewarnai Persada Seni

Penyanyi Azmani , yang telah melalui pelbagai episod perjalanan seni sebagai seorang artis  ini kembali dilamar komposer Lan Laga , untuk projek terbaru yang menjadi single baharau diberi judul , Romantis Sandiwara . Menariknya, kali ini Azmani mempertaruhkan sebuah lagu yang berentak Pop Ballad.

Lagu Romantis Sandiwara ini  merupakan hasil ciptaan sepenuhnya  komposer, Lan Laga  dan Liriknya pula ditulis oleh Dato Habsah Hassan yang merupakan penulis lirik dengan puluhan lagu hit. Diterbitkan oleh Laga Emas Music Production , Romantis Sandiwara dirakamkan di studio NAR Taman Tun Dr Ismail

Azmani Tampil Dengan Imej Baru

Menurut Lan Laga , “Romantis mengisahkan tentang seorang lelaki memendam perasaan kepada seorang wanita  yang akhirnya di anggap sebagai kawan sahaja setelah memendam  cinta kepada gadis tersebut.

“Saya juga merasakan azmani adalah orang yang paling tepat untuk bersama sama menyanyikan lagu ini.kerena kerakter suara yang unik dan serak membuatkan lagu ini lebih menarik.”, ujarnya lagi.

Sejak dilancarkan pada September  yang lalu, jumlah tontonan di channel Youtube Laga Emas Music Production telah mencecah lebih 7,000  tontonan. Lagu Gadis Idaman juga telah mendapatkan lebih 300 perkongsian di TikTok dengan jumlah tontonan lebih 500 , selain perkongsian yang aktif di platform-platform media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan lain-lain.

Munurut Azmani  “lagu ini merupakan salah satu pemangkin untuk saya aktif Kembali di bidang nyanyian,ujar beliau lagi saya merindui untuk keluar di pentas pentas dan di stesen televisyen tempatan “Diharap single Romantis Sandiwara ini  ini dapat mendapat tempat di hati peminat yang sentiasa menyokong karya-karya  saya.

Untuk info Azmani Mohd Isa dalam bidang nyanyian penuh warna-warni. Penggemar setia industri seni nyanyian tentunya maklum Azmani tampil dengan album pertama bersama kumpulan Positif pada 1990.

Poster Kumpulan Positif (Kredit Foto – Ariep Rockerz)

Album berikutnya pada 1992 menyaksikan Azmani tampil secara solo dan popular menerusi lagu Sebenar Cinta. Dia seterusnya menghasilkan album ketiga dan keempat bersama kumpulan Kulit pada 1995 dan 1997 sebelum mengambil keputusan menyepikan diri.

Album Kumpulan Kulit yang turut dibarisi oleh Azmani

Selepas album kedua Kulit (1997) Azmani ambil keputusan berhenti menyanyi dan anggap bukan rezekinya dalam bidang ini. Dia nekad balik kampung di Kelantan dan berniaga yang terus kekal hingga hari ini.

Romantis Sandiwara  di Youtube  -https://www.youtube.com/watch?v=rNwtNlL7ojA


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page