November 22, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Havoc Food Festival Edisi Ke-5, Diwangikan Oleh Perfume Paradise

Spread the love

Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd. Buat julung kali, bermula Havoc Food Festival 37.0 2024 menerima tajaan daripada Perfume Paradise yang menyifatkan karnival makanan ini selaras dengan matlamat mereka dalam usaha membantu para usahawan bumiputera berkembang.

“Kami di Perfume Paradise berbesar hati menjadi penaja utama Havoc Food Festival 2024 -2025 kerana melihat usaha yang dilakukan karnival ini adalah selari dengan matlamat kami iaitu membantu golongan usahawan bumiputera berkembang dengan perniagaan mereka.

“Sebagai syarikat bumiputera juga, Perfume Paradise mahu bersama-sama mengukuhkan platform Havoc Event & Management dalam menjalin kerjasama bukan hanya dalam kalangan para usahawan sektor IKS tetapi juga bersama para selebriti, pempengaruh dan semua pengguna media sosial yang dapat menyokong ekonomi setempat.

“Menerusi pembabitan julung kali Perfume Paradise dalam Havoc Food Festival , kami berharap agar orang ramai dapat hadir dan menyokong karnival makanan ini selain mendapat manfaat daripada beberapa program yang dianjurkan sepanjang empat hari ia berlangsung,” ujar Ketua Pagawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran.

Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari pula memaklumkan Havoc Food Festival akan menjadi tajaan penuh pertama daripada syarikat mereka sebelum mempunyai beberapa projek lain bersama Havoc Event & Management.

“Perfume Paradise bakal menjalin banyak kerjasama dengan Havoc Event & Management pada masa akan datang dan kami mempunyai banyak rancangan perniagaan bersama yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2025,” ujar Safwan.

Sementara itu, Havoc Event & Management selaku penganjur berikrar karnival yang diadakan selama empat hari di Sendayan akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak mengecewakan pengunjung.

Selain disertai oleh para usahawan yang menjual pelbagai produk berasaskan makanan, Havoc Food Festival  juga dimeriahkan dengan pembabitan barisan selebriti dan pempengaruh.

“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kali ini.

“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.

“Dan ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” ujar Encik Faizul Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management.

Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan penganjuran Havoc Food Festival kalini termasuklah Ojen Aiwahh, Azza Elite , Reen Rahim ,Qistina Raisyah , Syura Badron, AI Sulong , Vicha Saywho,  Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera , Pablo Faka , Afiqah Hasanah , Daud Reny Latah, Cikidot,Aliyah Balqis , Mat Alip , Zaki Azman , Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

Salah satu tarikan utama pada malam 25 Oktober ialah Havoc Games Show yang akan menyaksikan selebriti seperti Azza Elite, Vicha Saywho dan Daud Latah bersaing dalam permainan penuh hiburan. Pertandingan ini pasti akan menarik perhatian para pengunjung yang ingin menyaksikan sisi berbeza selebriti kegemaran mereka dalam suasana santai dan menghiburkan.

Selain itu, program Our Next Guest yang dikendalikan oleh pengacara terkenal dari Singapura, Dynn Norahim, turut bakal mencuri perhatian. Program podcast ini membawa dimensi baharu dalam Havoc Food Festival dengan menampilkan selebriti popular yang sedang berhijrah, membincangkan perjalanan hidup mereka. Acara ini akan disiarkan di YouTube melalui saluran SoutulDeen, membolehkan peminat mengikuti pengisian program secara digital.

Hiburan malam Havoc Food Festival juga dijamin tidak mengecewakan dengan persembahan khas oleh penyanyi popular seperti KuCaimarZ dan Asfan Shah, yang akan menghiburkan para pengunjung pada 27 Oktober 2024. Bagi mereka yang lebih gemar kepada pengisian rohani, program Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana pada 26 Oktober bakal memberi ketenangan dengan penyertaan Sheikh Imran Angulia dan kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

Tidak dapat dinafikan, Havoc Food Festival 37.0 adalah gabungan sempurna antara dunia hiburan dan perniagaan. Dengan barisan selebriti terkenal, persembahan menarik dan pelbagai aktiviti, ia bukan sahaja menjadi tumpuan penggemar makanan, tetapi juga peminat hiburan yang ingin melihat selebriti kegemaran mereka dalam suasana yang berbeza. Karnival ini membuktikan bahawa hiburan dan perniagaan boleh bergabung dalam satu pentas besar, menjadikan Havoc Food Festival sebagai acara yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Havoc Food Festival akan bermula 24 Okt sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, dan mereka akan ke terbang buat julongkalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Okt sehingga 3 Okt di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 Nov hingga 10 NOV 2024


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page