KRU Kembali ‘Hangatkan’ Persada Seni
Nantikan Perkembangan Terkini ‘Trio’ Bersaudara Menerusi Sony Music
Setelah lebih tiga dekad mencipta fenomena dalam bidang seni, KRU yang dibarisi oleh Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mengumumkan kolaborasi eksklusif mereka bersama pihak Sony Music Entertainment Malaysia.
Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang muzik tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media. Mereka dikenali dengan album-album yang laris, seperti “Generasi” dan “KRU,” serta lagu-lagu popular seperti “Awas 1994” , “Ooh! La! La! 1996” dan banyak lagi.
Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan, komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih 30 tahun.
Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia.
“Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama ini, Sony Music Entertainment Malaysia merupakan jenama yang cukup besar dalam industri hiburan mahupun global. Kami juga yakin dengan keupayaan dan sokongan mereka. Kami berharap kerjasama ini dapat melahirkan lebih banyak karya”, ujar Norman Abdul Halim ketika sidang media yang di adakan di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2024.
“Kami juga percaya dengan kerjsama ini dapat melahirkan karya yang lebih berinovasi. Kami harap kolaborasi ini dapat melahirkan karya yang lebih segar dan mampu bersaing di peringkat global”, tambah Yusry.
Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan, komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih 30 tahun.
“KRU bukan sahaja di kenali di Malaysia, malah mereka juga berjaya menembusi pasaran luar negara. Justeru itu kami yakin kolaborasi ini akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa”, ujar Kenny Ong, Pengarah urusan Sony Music Entertainment Malaysia.
Rasa teruja itu turut dikongsi Edry yang memberi bayangan aka nada beberapa kejutan buat peminat yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada KRU. Dia juga berharap agar sejarah bakal tercipta dengan adanya sokongan peminat lama dan baharu selain komitmen yang jitu daripada Sony Music Entertainment Malaysia.
Kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan pelbagai produk hiburan yang hebat dan luar biasa. Dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, KRU juga berjanji untuk terus berusaha demi mencipta karya yang relevan dan menghiburkan.
Nantikan aneka perkembangan terbaharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.