October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Gabungan Bunyi dan Irama Bakal Diterjemahkan Menerusi Festival Drums & Percussion Malaysia 2024

Spread the love

Festival Drums & Percussion Malaysia 2024 bakal menjadi pentas terbesar untuk menampilkan kehebatan seni perkusi, dengan barisan pemuzik ternama dari dalam dan luar negara.

Acara yang penuh warna-warni ini akan berlangsung di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 11 malam, menjanjikan pelbagai persembahan muzik perkusi yang memukau dalam pelbagai genre.

“Festival ini akan menyaksikan penglibatan pelbagai artis dan pemuzik terkemuka seperti Dato’ Zainal Abidin, Ujang Exists, Steve Thornton, Arthur Kam, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, dan Kamarul Hussin, diiringi oleh kumpulan perkusi terkenal seperti Batteryheadz Percussion dan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.

Persembahan perkusi akan meliputi pelbagai genre muzik, membawa irama dari moden, latin, etnik, serta tradisional Malaysia yang pasti menggamit hati penonton.

Menurut penganjur, festival ini bukan sahaja sekadar hiburan, tetapi juga sebagai platform mempromosikan seni perkusi kepada generasi muda serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena muzik negara.

Salah satu acara yang dinanti-nantikan adalah “Gala Konsert All-Star Show” yang akan menampilkan gabungan persembahan dari artis-artis terkenal, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

“Kami ingin menunjukkan bahawa bakat tempatan kita tidak kurang hebatnya berbanding pemuzik antarabangsa, dan festival ini adalah platform untuk mempamerkan kebolehan mereka,” ujar Jin, wakil dari JS Music.

Festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran alat muzik, demonstrasi produk, “mini games,” serta persembahan busking dan jamming.

Salah satu acara yang dinanti-nantikan adalah “Gala Konsert All-Star Show” yang akan menampilkan gabungan persembahan dari artis-artis terkenal, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

“Kami ingin menunjukkan bahawa bakat tempatan kita tidak kurang hebatnya berbanding pemuzik antarabangsa, dan festival ini adalah platform untuk mempamerkan kebolehan mereka,” ujar Jin, wakil dari JS Music, salah satu penganjur acara.

Festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran alat muzik, demonstrasi produk, “mini games,” serta persembahan busking dan jamming.

Untuk pengunjung yang ingin menikmati keseluruhan acara, terdapat dua kategori tiket yang ditawarkan – Festival Pass dan Tiket Konsert, yang boleh didapati bagi mereka yang hanya ingin menyaksikan persembahan Gala Konsert.

Maklumat Acara:
• Lokasi: Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor
• Tarikh: 7 Disember 2024
• Masa: 10 pagi hingga 11 malam
• Laman Web : https://jsmusic.my/pages/festival-of-drums-and-percussion-malaysia-2024

Festival Drums & Percussion Malaysia 2024 dijangka menjadi medan pertembungan bunyi dan irama yang mengasyikkan, meraikan seni perkusi dalam semua bentuk dan gaya.


Spread the love

1 thought on “Gabungan Bunyi dan Irama Bakal Diterjemahkan Menerusi Festival Drums & Percussion Malaysia 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page