Gema 8 Studio Di Jengka Akan Dibuka Dengan Sebuah Sesi Jamming Pada 9 November Ini
Gema 8 Studio, sebuah studio baharu di Bandar Jengka, akan mengadakan sesi jamming sempena pelancaran rasmi studio tersebut pada 9 November ini. Acara tersebut adalah percuma dan terbuka kepada semua peminat muzik.
Menurut pemilik studio, sesi jamming ini diadakan bersempena dengan pembukaan rasmi studio tersebut. Pintu masuk ke acara akan dibuka mulai jam 4.30 petang.
Antara band yang akan membuat persembahan termasuklah Infectious Maggots, InHuman, Mattra (dari Kuantan), R.O.P (dari Jerantut), Metalphysics (dari Temerloh), Parasite X (dari Jengka), dan BaraBesi (dari Jengka).
Kehadiran band-band ini pasti menghangatkan suasana, lebih-lebih lagi dengan kehadiran band otai seperti Infectious Maggots yang tidak asing lagi dalam dunia muzik underground. InHuman juga tidak kurang hebatnya, mampu memukau penonton dengan persembahan mereka.
Sesi jamming ini dijangka akan menjadi tribute kepada band legenda Metallica, Slayer, dan Sepultura. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan istimewa ini!