September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Bangunlah” Seumpana ‘Nafas Baharu’ Ora Fiza

Spread the love

Juara Program Rialiti ‘Mentor’ 2005, Pija Mentor Kini Tampil Dengan Nuansa Yang Lebih Segar

Sebelum ini dia dikenali sebagai Pija Mentor, kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Bangunlah’. Sebuah naskah yang lebih segar. Selepas hampir dua dekad dalam industri hiburan, Ora Fiza yang mula dikenali sebagai juara pertama program realiti ‘Mentor’ terbitan TV3 pada tahun 2005 di bawah bimbingan penyanyi legenda Datuk Zainalabidin, kini kembali dengan karya yang penuh bermakna.

Majlis pelacancaran  single terbaharunya itu turut menyaksikan video muzik ‘Bangunlah’ yang ditayangkan secara langsung buat pertama kalinya kepada semua yang hadir.

‘Bangunlah’, telah digubah dan ditulis oleh John Jeeves dan Shazriq Azeman, merupakan sebuah lagu yang sarat dengan mesej kebangkitan dan kekuatan. Ia menggambarkan perjalanan hidup Ora Fiza yang penuh cabaran, tetapi tetap teguh dalam mengejar impian.

“Saya sangat gembira akhirnya dapat menghadiahkan ‘Bangunlah’ kepada peminat-peminat saya serta orang-orang penting yang sangat teguh menyokong kerjaya seni saya”, ujar Ora Fiza sewaktu sidang media yang telah di adakan di Mitsui Shopping Park, Lalapot, Kual Lumpur pada 10 September lalu.

“Lagu ini mempunyai tempat yang istimewa di hati saya kerana ia adalah refleksi kepada perjalanan hidup saya yang penuh dengan jatuh bangun. Saya harap ia memberi inspirasi semua pendengar untuk terus maju dan mencapai potensi sebenar mereka”, ujarnya lagi.

‘Bangunlah’ adalah hasil kolaborasi pertama Ora Fiza dengan syarikat rakaman Super Red Records, menjadi tanda permulaan baharu dalam perjalanan seninya.

Menurut Ora Fiza peluang merakamkan lagu ini diterimanya apabila beliau menemani adiknya, One Juicy, yang juga merupakan artis Super Red Records, ketika menandatangani kontrak dengan label tersebut. Pihak label tidak mengambil masa lama untuk mengiktiraf keistimewaan Ora Fiza dan seterusnya menawarkan kontrak kepadanya.

Kini, kedua-dua adik-beradik ini sama-sama berada di bawah naungan Super Red Records, memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air.

“Bakat dan dedikasi Ora Fiza memang tidak boleh disangkal. Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana beliau terus berkembang sebagai seorang artis. ‘Bangunlah’ adalah bukti keteguhan dan kreativiti beliau, dan kami yakin ia akan menyentuh hati para pendengar”, ujar Richard Chua, Pengasas Bersama Super Red Records,

‘Bangunlah’ sudah tersedia untuk penstriman dan muat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music, mulai 10 September.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page