October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kolaborasi Fazura X Prospec KPM Semarakkan Bulan Kemerdekaan

Spread the love

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui KPM Prospec berkolaborasi dengan jenama tudung tempatan Fazura sempena bulan kemerdekaan tidak lama lagi.

Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, pemilihan tudung selebriti terkenal itu dibuat berdasarkan kriteria penting yang menepati bulan kemerdekaan.

Selain itu, katanya, sosok Fazura sebagai pelakon yang tidak asing dalam kalangan masyarakat juga menjadi salah satu faktor kerjasama dua pihak berkenaan.

“Fazura ini cukup signifikan mewakili pelbagai segmen dalam masyarakat seperti ibu, isteri, kakak, adik, usahawan dan sebahagian wajah Malaysia pemilihan itu, signifikan menonjolkan sisi penting anak tempatan juga melonjakkan perniagaan tempatan selain mesej kemerdekaan pada wajah anak tempatan sepertinya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

Jelas Fadhlina, Prospec KPM berperanan sebagai kelab sokongan yang akan menyebarkan mesej kemerdekaan.

“Kelab ini menyebarkan mesej bahawa pesonafikasi jiwa Mereeka kepada anak Malaysia dalam konteks membangunkan negara dan penghayatan kemerdekaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Fazura turut menjelaskan bahawa sebanyak 12 rekaan unik meliputi pelbagai warna dicipta khas dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

“Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka‘, jadi rekaannya ada elemen menggambarkan Malaysia seperti bangunan ikonik dan gabungan warna Jalur Gemilang,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan tudung itu dibuat berdasarkan kriteria penting yang melambangkan bulan kemerdekaan.

“Tudung ini direka dengan inspirasi daripada warna-warna yang ada dalam Jalur Gemilang. Hasil cetusan idea untuk menghasilkan rekaan ini juga daripada kedua-dua pihak,”

Fazura berkata, tujuannya memilih untuk bekerjasama dengan Prospec KPM adalah untuk meluaskan lagi pelanggan meliputi pelbagai pihak.

“Kita nak tingkatkan jangkauan untuk semua rakyat Malaysia boleh pakai tudung ini dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Lebih menarik, Fazura menjelaskan bahawa semua individu meliputi pelbagai kaum boleh membeli tudung koleksi Merdeka 2024 yang dikeluarkan itu.

“Sudah tentu pengguna tudung saya kebanyakannya datang daripada orang yang berhijab.Tetapi, sebenarnya, yang mengejutkannya ada ramai pelancong luar negara yang datang ke kedai saya untuk mencuba dan membeli shawl atau selendang.

“Mereka buat gaya turban dan lain-lain lagi. Jadi, bukan sahaja wanita Islam yang boleh memakai, orang bukan Islam pun boleh sahaja,” tambahnya.

Untuk makluman, Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page