October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

RENA ‘Junjung’ Nama Malaysia di United Kingdom

Spread the love

Meskipun membesar di negara orang, RENA tidak pernah lupa pada Malaysia.  Dia yang sudah dibawa oleh keluarganya ke United Kingdom sejak berusia 2 tahun. Meskipun sudah sekian lama keluarganya migrasi ke luar negara, namun nama Malaysia tetap mekar dihatinya.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa RENA telah di lamar oleh syarikat rakaman Asia Empire Records Malaysia sekaligus melancarkan sebuah mini album yang mengandungi 4 buah lagu.

Menariknya album yang mengandungi 4 buah lagu berbahasa Inggeris berjudul DANGER, SUMMER EVERYDAY, SOMEONE dan TAKE MY HAND adalah ciptaan sepenuhnya dari RENA sendiri. Keseluruhan intipati karya Rena banyak mengisahkan soal cinta, kehidupan dan alam semesta.

“Bakat seni RENA mula berkembang semenjak bapanya menghadiahkan sebuah gitar. Dari situ, minatnya terhadap penulisan bermula dan serius dalam bidang muzik”, ujar nya ketika ditemui media di One City, Subang Jaya bersempena Gig Mat Motor pada 20 Julai lalu.

“ Secara jujurnya saya menginspirasikan Taylor Swift dan Pink Sweat untuk terus mengembangkan lagi kreativiti dan minat saya terhadap bidang seni ini.  Jadi usahlah terkejut jika ada melodi yang dihasilkan menjerumus kea rah nuansa pop dan alternative”, tambahnya.

RENA yang aktif sebagai model berhijab di UK serta berpengalaman sebagai pelakon pernah menjadi model untuk beberapa iklan Google, American Express dan Garnier bagi pasaran UK.

“Meskipun berada di negara yang bukan mengamalkan islam sepenuhnya, United Kingdom cukup menghormati anutan kita.  Sya juga berbangga kerana berpeluang mewakili wanita muslim berhijab dari Asia Tenggara untuk tampil di ruang media UK.

Album yang dirakam di MILE RECORDING STUDIO, MILE END, LONDON UK ini telah menggunakan khidmat FIONN O’CONELL sebagai Penerbit.

RENA yang  pulang bercuti di Malaysia turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan serta melancarkan mini album beliau di Malaysia, malah turut membuat persembahan di acara GIG MAT MOTOR bersama DAG, IQBAL (IQBAL M), MONOSTERIO dan ramai lagi artis indie lain di MVP By Mivas East Boulevard. One City Subang, Kuala Lumpur sebelum ‘terbang’ kembali ke UK awal Ogos 2024 nanti.

RENA turut merancang untuk merakamkan ‘single’ pertama berbahasa Melayu dan mencari peluang berduet dengan mana-mana artis tempatan yang sesuai.

Berharap agar lagu dan karya beliau dapat diterima di tanah kelahirannya, Malaysia kesemua lagu karya RENA telah pun berada di platform-platform digital sejak 1 Jun 2024.

Laman Sesawang rasmi RENA

Instagram : itis_rena

Tik Tok : itisrena

Youtube : itisrena


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page