September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

ONEUS Bakal Adakan Konsert di Zepp KL Mei Ini

Spread the love

Khabar gembira untuk peminat ONEUS kerana band boy sensasi dari Korea Selatan itu akan membuat penampilan sulung mereka di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah mereka! 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ in Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkan oleh Soul & Joy Entertainment, anjuran bersama SEAE dan Shining Star, dengan 43 sebagai Promoter akan berlangsung pada hari Sabtu, 4 Mei, jam 6 malam di Zepp Kuala Lumpur. Tiket mula dijual pada 19 Mac melalui my.bookmyshow.com/oneus2nd dan KLOOK.

ONEUS yang dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion, amat popular di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjaya pada tahun 2019 di bawah label RBW. Lagu-lagu dendangan ONEUS berjaya menduduki carta teratas termasuk satu album studio dan 10 album mini yang menampilkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan Sepanyol.

Terkenal dengan lagu hits seperti “Valkyrie”, “LIT”, “No diggity”, “Same Scent”, “LUNA” dan sebagainya, ONEUS telah melakukan lawatan utama di luar kawasan asal mereka ke bandar-bandar di seluruh Jepun, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Memandangkan ‘La Dolce Vita’ bermaksud ‘kehidupan yang manis’, peminat ONEUS – dikenali sebagai TOMOON – di Malaysia boleh melihat kelima-lima anggota ONEUS secara bersemuka di persembahan yang merangkumi intipati muzik dan karisma mereka.

Tiket  2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ di Kuala Lumpur datang dengan faedah peminat pada harga berikut, tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan yuran operasi RM10 setiap tiket. 2 ● VIP ROCK ZONE [Berdiri] – RM688 (Menonton ONEUS buat soundcheck, mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat bertuah.) ● CAT 1 [Berdiri] – RM588 (Menonton ONEUS buat soundcheck, mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat bertuah.) ● CAT 2 [Duduk] – RM488 (Mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat bertuah.) ● CAT 3 [Berdiri] – RM388 (Mendapat kad foto bercetak.)

Sebarang info terkini boleh didengari di ERA, MY dan GOXUAN sebagai Rakan Media Rasmi. Ikuti www.instagram.com/43_ent dan www.facebook.com/43ent untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page