September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kolaborasi Venus dan UNIC, Cetus Inspirasi ‘Ria Ramadan’

Spread the love

Oleh RafidahWhite

INDUSTRI hiburan tanahair sekali lagi melakar sejarah tersendiri dengan pelancaran lagu kolaborasi antara dua kumpulan berbeza pendengar,  khusus bagi menyambut kehadiran Ramadan tahun ini.

Julung-julung kalinya, kumpulan pop reggae VENUS bergabung suara bersama kumpulan nasyid UNIC, menerusi penghasilan lagu yang penuh inspirasi, “Ria Ramadan”.

VENUS dianggotai oleh bakat-bakat yang tidak asing lagi dalam arena muzik Malaysia seperti Adi 6ixthsense sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar kedua, Ayoy 6ixthsense sebagai pemain bass, Lan Jinbara sebagai gitaris utama, Apiz sebagai pemain dram, dan Puteri Khareza sebagai penyanyi, berkolaborasi dengan UNIC, sebuah kumpulan nasyid yang telah bertapak dalam industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Kolaborasi ini adalah yang pertama dalam sejarah muzik Malaysia antara artis nasyid dan band pop reggae, di mana lagu “Ria Ramadan” menyatukan unsur-unsur muzik pop reggae dan burdah. Gabungan ini mencipta satu pengalaman mendengar yang unik dan menyegarkin bagi peminat kedua-dua genre muzik.

Adi 6ixthsense selaku ketua kumpulan VENUS berkata, “Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan UNIC dalam projek ini. Kolaborasi ini membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan dan dapat menyatukan pelbagai genre muzik”.

UNIC pula menyambut baik kolaborasi ini sebagai satu platform untuk menyampaikan muzik nasyid kepada lebih ramai pendengar, “Kami yakin bahawa melalui lagu RIA RAMADAN, mesej-mesej positif dalam muzik nasyid dapat disampaikan kepada lebih ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat,” kata wakil dari UNIC. Lagu yang dilancarkan hari ini boleh dinikmati oleh peminat muzik di seluruh dunia”, tambah beliau lagi.

Majlis yang amat bermakna itu telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia. Ketika majlis pelancaran para hadirin yang terdiri daripada wakil-wakil media, para pengiat industri hiburan dan para tetamu jemputan telah diperdengarkan dengan lagu “RIA RAMADAN” yang dipersembahkan secara langsung dan rata-rata memberikan maklumbalas yang sangat memberansangkan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kolaborasi yang mengagumkan ini dan terus mengikuti perkembangan terkini mengenai VENUS dan UNIC melalui saluran-saluran media massa dan akaun-akaun media sosial mereka.  


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page