November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Stylo Berbaju Melayu Elrah Exclusive Syawal Ini

Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Untuk tampak lebih menyerlah dan stylo berbaju melayu, Elrah Exclusive merupakan pilihan yang paling tepat. Kredibiliti Elrah Exclusive ini diperakui setelah lebih sedekad bertapak di pasaran Malaysia dan Thailand. Menjelang Syawal yang bakal mendatang ini, jenama baju melayu popular Elrah Exclusive menawarkan lebih dari 100 warna pilihan buat para pelanggan setia termasuk fanbase yang baru.

Cukup terkenal dengan potongan segak bersama butang baju melayu yang unik digandingkan dengan aksesori lain, rekaan Elrah Exclusive tampil lebih mewah dari segi kemasan untuk rangkaian koleksi raya 2024.

Meluaskan lagi empayar perniagaan dengan perasmian butik mewah busana baju melayu di Shoppes at Four Seasons Place, Jalan Ampang Kuala Lumpur diikuti dengan sidang media yang berlangsung di tempat yang sama pada petang 26 Februari lalu. Lokasi ini dipilih kerana ia berada strategik di tengah ibu kota, berdasarkan jumlah trafik dan tumpuan membeli-belah yang tinggi. Dengan pelancaran cawangan ini, membuka tirai kemeriahan koleksi baju melayu bagi sambutan Aidilfitri 2024.

“Alhamdulillah, jualan sebanyak RM170 juta dicatatkan tahun lepas untuk jualan Ramadhan sahaja. Manakala RM49 juta di pasaran Thailand sahaja. Tahun ini kami target pulangan 4x ganda daripada kutipan tahun lepas. Maka kami gandakan produksi baju melayu untuk pasaran Malaysia, Thailand dan Singapura.” Pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau lebih mesra disapa El Azman membuka cerita. “Sebanyak 2.7 juta baju melayu dikeluarkan tahun ini secara keseluruhan.” tambahnya lagi.

Koleksi baju melayu Elrah 2024 ini menggunapakai material fabrik ‘Abloh Crepe’ berkualiti tinggi yang sangat selesa, tidak terlalu tebal atau nipis. Menawarkan material premium stretchable yang menitikberatkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Yang paling penting kekal stylo, selesa dipakai lama dan wudhuk friendly.

Bermula dari saiz XXS hingga XXL, potong slim fit dengan zip sisi kiri memperlihatkan paduan tradisional dan mengikut trend, mencipta penampilan yang menawan. Dengan tawaran harga mampu milik bermula dari RM99 sehingga ke RM199 bagi sepasang baju melayu Elrah didatangkan dengan ciri-ciri istimewa dan aksesori eksklusif PERCUMA seperti pin rantai logo, butang octagon dan sapu tangan percuma di dalam kotak eksklusif.

Pemilihan dua figura tersohor sebagai duta jenama rasmi Elrah Exclusive, Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad dibuat berdasarkan populariti dan karektor keduanya yang bersesuaian dengan imej ‘gentlemen’ yang dibawa. Kolaborasi yang dijangka bakal melonjakkan jualan mencapai target sasaran tahun ini.

“Kami meminang Beto pada 2023 setelah produksi baju Melayu siap sepenuhnya dan Alhamdulillah rezeki berpihak pada kami. Beto merupakan wajah baju Melayu Teluk Belanga Luxe, dengan penggunaan material crepe yang nampak kasar tetapi sebenarnya lembut, memeri dan terletak. Permintaan untuk koleksi ini sungguh memberansangkan.” ujar El Azman begitu teruja meski sedikit gementar. “Ada juga permintaan untuk baju Melayu Teluk Belanga klasik. Boleh didapati dengan setiap pembelian akan menerima kain sampin instant, stok adalah terhad.”

“Manakala saya memilih Sharnaaz untuk wajah Baju Melayu Ultimate 2.0 kerana jambang dan karakternya. Saya telah menjadi model Elrah selama sembilan tahun dan mahu berhenti. Jadi saya lantik Sharnaaz sebagai pengganti saya,” tambahnya lagi. “Selain dari itu, turut dijual Kurta Klasik eksklusif, Jubah, koleksi kanak-kanak dan Sampin Elrah.”

Beto dan Sharnaaz ketika ditemui kelihatan kacak bergaya mengenakan busana baju melayu premium Elrah Exclusive, muafakat berkongsi keterampilan maksima untuk memberikan yang terbaik sebagai duta yang baru dilantik. Lebih dikenali terdahulu dengan jenama lain, kedua-duanya masih mempunyai hubungan baik. Keputusan dibuat berdasarkan kerjasama professional dan menyatakan harapan yang tinggi untuk melihat persaingan sihat diantara jenama.

Bagi sebarang keterangan atau pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Amirun Nazreen di talian 017-2413839 selaku pegawai operasi Elrah Exclusive shoppes at Four Seasons Place.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page