September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Syazluna Hadir Menerusi ‘Cinta TickTock’

Spread the love

Bermula sebagai hobi memuatnaik video nyanyian beliau sebagai “content” di TikTok. TikToker wanita muda ini kini memperoleh 64 ribu pengikut dan 1.4 juta “likes” di platform tersebut memulakan Langkah di tahun 2024 baharunya dan kerjayanya dalam bidang muzik dengan mengeluarkan “single” pertamanya bertajuk “Cinta TickTock ” yang telah dilancarkan dan tersedia untuk semua platform penstriman pada 9 Februari 2024.

Syazluna merupakan seorang penyanyi yang baru berkecimpung dalam industri nyanyian.  Beliau mula menyanyi di pentas pada usia 12 tahun dan kemudiannya meneruskan minat dalam bidang nyanyian dengan menonjolkan bakatnya di media sosial seperti Instagram dan TikTok serta mendapat sambutan yang baik dari netizen.

Cinta TickTock, merupakan “single” baharu nyanyian Syazluna yang berkisarkan kisah di antara dua orang yang saling tidak mengenali tidak pernah berjumpa, menemui satu sama lain, berbual dan jatuh cinta melalui platform media sosial.

Muzik yang “catchy” dan rancak diiringi lirik yang ekspresif namun mudah difahami akan menarik minat pendengar khususnya generasi muda.

Anak kelahiran Selangor ini lahir daripada kedua ibu bapa yang cacat pendengaran dan percakapan, namun, itu bukanlah satu halangan yang membuat beliau untuk tidak meneruskan bakat yang dimilikinya dalam bidang nyanyian.

Dia yang menjadikan Ernie Zakri sebagai idolanya sedikit sebanyak mempengaruhi kariernya sebagai seorang penyanyi. Syazluna pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat yang lebih komersil melalui sebuah program TV astro iaitu All Together Now: Musim Kedua. Walaupun meminati genre balada namun Syazluna mengambil langkah untuk mencuba genre yang berbeza daripada minatnya dengan mempertaruhkan ‘Cinta TickTock’ sebagai single pertamanya yang berkonsepkan Pop. Sesuai dengan citarasa anak muda zaman kini.

Cinta TickTock adalah hasil karya komposer Mimpi dan liriknya ditulis oleh Mimpi & Syko G.  Mempunyai melodi sangat fresh serta lirik yang sangat mudah difahami serta sesuai ditujukan untuk remaja masakini.

Cinta TickTock boleh didengari menerusi platform digital seperti YouTube, Spotify, Joox, dan banyak lagi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page