Fazura kembali Dengan Koleksi Fazbulous Raya 2024
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz telah meluncurkan koleksi Fazbulous Raya 2024 sempena pertunjukan fesyen khas FAZURA yang telah dianjurkan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA pada 3 Februari lalu.
Ianya di adakan bersempena kehadiran Ramadhan dan Syawal tahun ini telah dihadiri oleh suami Fattah Amin, ahli keluarga Faz dan Fattah, rakan artis, para pempengaruh tempatan dan agen FAZURA
Baru-baru ini, Tudung FAZURA Black Label telah menawarkan koleksi Alhambra, shawl bersulam dari fabrik premium chiffon yang mengambil inspirasi keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.
Hadirin ke majlis pada petang ini disajikan pula dengan pengalaman visual yang tidak boleh dilupakan dan pelbagai tawaran menawan hati yang sudah sinonim dengan tradisi Fazbulous Raya yang diadakan sejak tahun 2015.
“Faz sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk melanjutkan semula pertunjukkan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA”, ujar Fazura kepada media.
“Ia juga adalah ruang dan peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA dan perjalanan kerjaya professional kami. Majlis hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pandemic COVID-19”, ujarnya lagi.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini antara lainnya mengetengahkan tiga koleksi Tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna yang berinspirasikan bungabungaan manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden.
Kesemua 30 corak-corak menarik ini akan datang menemui peminat Tudung FAZURA Muka Surat 2 dari 2 kelak dan didampingkan dengan barisan baju Kurung Kedah, Kurung Moden dan Kebaya serta Ready-to-Wear, sesuai untuk suri teladan yang anggun menawan.
Dalam menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh rakan media di majlis tersebut pula, adalah berkenaan perancangan Fazura, Fattah dan Fatima bersempena bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.
“Alhamdulillah, Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan pengambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan yang kian hampir.
“Tahun 2024 adalah tahun yang istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang, kemudian kami juga dianugerahkan projek oleh satu stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh kami berdua dan Fatima”.
“Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon dan kehadiran Fatima di set penggambaran sangat menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan tidak kurang disiplin sebagai pelakon baharu di usia muda”, tambahnya.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sawang rasmi fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan agen FAZURA dalam bulan Mac 2024.