October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Filem Banglo Seksyen 12, Karya Pertama Intan Ladyana

Spread the love

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang berlangsung di GSC Lalapot, Kuala Lumpur pada 23 Januari ini adalah sebagai apriasasi khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan yang diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana.

Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana.

Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.

Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air sepertiIntan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page