September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Jom Minum MOMAwater Bersama Neelofa

Spread the love

Usahawan dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohammad Noor atau Neelofa kembali mencipta revolusi menerusi kerjasama erat dengan MOMAwater.  Jenama ikonik yang mementingkan ketulenan dalam setiap produk yang dihasilkan.

Bukan sahaja jalinan sebagai rakan strategik tetapi lebih memfokuskan kepada gaya hidup sihat Neelofa dan juga MOMAwater selain mengajak orang ramai turut mengaplikasikan kehidupan yang sihat menerusi pemakanan dan minuman yang berkualti.

“Saya merasa cukup teruja untuk bekerjasama dengan MOMAwater apatah lagi jenama ini telah sekian lama saya dan keluarga gunakan.  Bukan baru ya tetapi cukup lama,MOMAwater ini bukan hanya saya yang guna tetapi mertua pun turut menikmati air minuman ini”, ujar Neelofa kepada media di Hotel Le Meridian Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Selain itu kepercayaan keluarga saya terhadap MOMAwater mengukuhkan lagi reputasi cemerlang jenama ini sebagai pilihan penghidratan yang tulen dan murni.  Kerjasama ini mewakili visi bersama dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan berinformasi ke arah amalan penghidratan yang baik untuk kesihatan,” katanya.

Sementara itu Samuel Tai, Pengarah Urusan MOMAwater Sdn Bhd turut melahirkan rasa terima kasih kepada Neelofa kerana sudi untuk bekerjasama dan menjadi rakan strategik.

“Antara objektif utama kerjasama ini adalah pengenalan label MOMA x Neelofa. Satu insignia eksklusif yang direka khas untuk kempen ini, sebagai lambang kepada kerjasama unik MOMA X Neelofa”, ujar Samuel.

“Bertitik tolak daripada situ maka kami menjalankan kempen “Jom Minum MOMA Bersama Neelofa!”, yang bertujuan untuk mengajak individu mengamalkan gaya hidup lebih sihat dengan menjadikan MOMAwater rutin harian mereka”, katanya

“Kempen ini telah bermula 1 November 2023 hingga 30 April 2024, ianya akan memberikan orang ramai satu tempoh yang panjang untuk mengenali jenama ini dan memahami mesej yang hendak disampaikan”, tambahnya.

Sepanjang tempoh kempen, pengguna berpeluang membeli botol edisi terhad yang dihiasi dengan label unik yang menandakan satu bab istimewa dalam kerjasama berterusan antara MOMAwater dan Neelofa. Label ini bukan sahaja menandakan dedikasi jenama untuk mempromosikan kehidupan yang lebih sihat tetapi juga cara untuk pengguna menjiwai nilai dan matlamat perkongsian yang penuh sinergi ini.

Menerusi kempen ini juga, pengguna berpeluang memenangi salah satu daripada 3000 selendang MOMA x Neelofa Twilly eksklusif, yang diinspirasikan sendiri oleh Neelofa. Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli produk MOMAwater bernilai RM60 atau lebih dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web MOMAwater, atau dengan mengimbas kod QR pada botol berlabel MOMA x Neelofa atau barangan jualan berkaitan kempen tersebut di kedai-kedai terlibat.

Sementara itu, jika anda lebih suka membuat pembelian dalam talian, sebarang pembelian produk MOMAwater dengan jumlah nilai RM60 atau lebih daripada Shopee [shopee.com.my/momaspace] akan secara automatik melayakkan anda menyertai Cabutan Bertuah.

MOMAwater, boleh didapati dalam pelbagai saiz (300mL, 500mL, dan 1500mL), menawarkan tahap ketulenan yang tiada tandingan. MOMA menjalani proses penulenan yang teliti, termasuk penggunaan rawatan UV dan ozon, memastikan ia kekal bebas daripada bahan cemar atau bahan kimia. Komitmen terhadap ketulenan ini membezakan MOMAwater, seterusnya memberikan pengguna pengalaman penghidratan yang benar-benar murni.

Pengaruh MOMAwater melangkaui tanah kelahirannya di Malaysia; ia telah menggembangkan kehadirannya ke beberapa negara, termasuk Australia, Brunei, China, Jepun, Singapura dan Indonesia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page