September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Faith4Palestine: Cara Faizal Tahir Tunjukkan Solidariti

Spread the love

Pemilik nama pentas Faizal Tahir adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan aktivis Malaysia yang terkenal dengan usaha-usahanya dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan. Beliau menganggap muzik sebagai salah satu medium untuk menyatukan dan membawa perubahan positif.

Justeru itu, melalui gerakan kemanusiaannya iaitu iamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine, sebuah acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia bersama dalam isu ini.

“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan juga bidaan barangan peribadi saya. Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah.”ujar Faizal Thair menerusi satu kenyataan media.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita meyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti.”, tambahnya lagi.

Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi beliau. Faith4Palestine dijadualkan berlangsung pada 12 November 2023 di Royale Chulan, Damansara dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan – Cinta Gaza Malaysia.

Objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana kita boleh membantu dalam tindakan secara kolektif. Acara ini bertujuan untuk menerangkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah-langkah positif dalam membantu mereka di sana.

Antara fokus utama Faith4Palestine adalah Sesi Podcast: Faizal Tahir &; Nadir Al-Nuri (Cinta Gaza Malaysia), Lelongan Amal: Barang Peribadi Faizal Tahir dan Persembahan Akustik: Faizal Tahir & Artis Jemputan.

Kepada anda yang ingin turut serta dalam program ini boleh membeli tiket di www.ticket2u.com.my atau terus ke http://t2u.asia/e/33456.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page