September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Jamal Abdillah, Nash, Azlan & The Typewriter dan Eka Sharif Jayakan Konsert Amal

Spread the love

Nama penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah tidak perlu lagi diperkenalkan. Lagu-lagu dendangannya sentiasa menjadi siulan pelbagai generasi.

Meem Planet Resources membawakan Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah yang akan berlangsung pada 22 Disember 2023 di Hotel Royale Chulan Seremban.

Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini ini diinspirasikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Ghani bin Kasim.

Pengarah Program, Norhalim Norsip berkata, nilai relevan Datuk Jamal sebagai Raja Pop tentunya amat bersesuaian dengan tema majlis makan malam amal ini.

“Datuk Jamal Abdillah dipilih kerana ianya mash relevan didalam industri musik tanah air. Tidak dinafikan, status Raja Pop merupakan daya penarik bagi kita menganjurkan majlis ini yang mana tujuan asanya adalah ingin mengumpul dana bagi gerakan kerja-kerja kebajikan,” ujarnya sewaktu sidang media konsert berkenaan yang di adakan di Hotel Royale Chulan Seremban pada 7 November lalu.

“Ramai sedia maklum bahawa kebiasaannya Lembah Klang akan menjadi tumpuan, dan mungkin ramai terlepas pandang bahawa sudah lama Datuk Jamal Abdillah tiada persembahan yang besar di Seremban.  Bagi menghargai sokongan peminat di selatan tanah air, maka Seremban dipilih sebagai lokasi pada kali ini,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa terujanya apabila sekali lagi diberi peluang untuk beraksi di Hotel yang cukup berprestij itu.

“Ini adalah kali ke 3 saya mengadakan persembahan di sini, kali pertama saya beraksi sewaktu minggu setiausaha, kemudiannya saya sendiri menganjurkan.  Alhamdulillah penjualan tiket cukup memberangsangkan ketika itu”, kata beliau.

“Apabila tawaran di buat, hati saya mula berbolak bagi, namun setelah diberitahu oleh penganjur bahawa kali ini saya tidak keseorangan saya berasa cukup lega”, ujarnya.

Meskipun tampil sebagai teraju utama, Datuk Jamal Abdillah hanya akan menyanyikan 15 buah lagu termasuk lagu duet bersama dengan Dato Nash, Azlan & The Typewriter dan Eka Sharif.

“Memandangkan ini adalah mini konsert maka saya hanya akan mempersembahkan 15 buah lagu sahaja melainkan ianya adalah konsert berskala besar barulah boleh nyanyi 18 buah lagu ke atas”, jelas beliau.

Dato Nashrudin Haji Elias atau lebih dikenali sebagai Nash yang senada dengan Jamal Abdillah turut menjelaskan mungkin nanti akan ada beberapa buah lagu yang memerlukan mereka berduet bersama.  Malah beliau lebih berminat untuk mengajak peminat agar menghayati bait lirik lagu Ya Maulana yang pernah beliau rakamkan pada tahun 1993.

“Sebenarnya saya telah lama tampil dengan lagu yang berkisarkan  situasi yang melanda Palestine ketika ini.  Lagu Ya Maulana yang telah dirakamkan pada tahun 1993 itu di pandang sepi, walhal lagu itu sememangnya saya dedikasikan khas buat mereka”, ujar beliau

“Saya rasa inilah waktu yang paling sesuai untuk semua stesen radio mahupun platform media sosial ‘mengangkat’ lagu tersebut agar semangat kita terus bernyala”, tambahnya

Eka Sharif turut melahirkan rasa terima kasih kepada pihak penganjur dan Datuk Jamal Abdillah kerana sudi memberinya ruang dan peluang untuk berkongsi pentas dengan ‘bintang-bintang’ yang cukup bersinar cahayanya.

Pihak penganjur mahupun artis tidak meletakkan sebarang tema untuk konsert amal itu nanti, namun apa yang pasti mereka akan turut bersama-sama bersoladiriti dengan cara mereka sendiri malah 50 peratus daripada keuntungan bersih penjualan meja akan disalurkan ke Pusat Tahfiz dan beberapa lagi NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat. Sebahagian daripadanya juga akan disalurkan juga ke Tabung Bantuan Palestin.

Selain berhibur dan beramal pembeli juga berpeluang untuk membawa pulang sebuah kereta Perodua Axia menerusi cabutan bertuah.

Individu mahupun syarikat korporat boleh membeli meja yang berharga RM4,000 (Bronze Table), RM8000 (Silver Table), RM 10,000 (Gold Table) dan RM15,000 (Platinum Table). Pembeli juga boleh membeli tiket secara individu dengan harga serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat).

Pembelian boleh dibuat melalui panggilan telefon: 013-2777009 Kamal / 019-6081325 Haiqal / 019-6081326 Ziera,  011-10751801 Syeida / 012-3330938 Manja


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page