November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Biso Bonar’ Medan Pecah Rahsia JRM – Bonda Rozita Ibrahim

Spread the love

Jenama Jamu Ratu Malaya atau lebih dikenali JRM Holistik Sdn Bhd sudah tidak perlu diperkenalkan kepada umum, apatah lagi di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam. JRM yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim selaku Pengarah Urusan lebih memfokuskan kepada formulasi dan kombinasi perawatan secara holistik menggunakan herba-herba eksklusif dari seluruh pelosok dunia lantas menjadikan formulasi herba JRM Holistik sangat istimewa.

Bukan hanya memfokuskan perniagaan jualan produk antaranya kosmetik dan suplimen kesihatan tetapi Puan Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Bonda’ turut berkongsi pelbagai tip dan perkongsian kesihatan dan kecantikan wanita sepanjang usia.

“Ini merupakan kali ketiga JRM Holistik menganjurkan program seperti ini di Negeri Sembilan, ianya adalah hasil usaha bersama tim Nogori Ohsem dan Olin Beauty Sdn Bhd.  Saya ibarat ‘ibu’ yang wajib memantau aktiviti ‘anak-anak’ agar apa yang mereka lakukan menepati ‘sasaran’”, ujar Bonda Rozita Ibrahim ketika ditemui media di program Biso Bonar yang telah di adakan di Casa Lagenda Convention Centre, Ampangan Negeri Sembilan pada 4 November lalu.

“Saya cukup tegas dalam segala aspek, apatah lagi memiliki jaringan stokis JRM Holistik yang cukup banyak di seluruh negara.  Prinsip saya mudah, mereka yang berada di bawah seliaan saya sudah pasti saya akan bimbing mereka sehingga mereka berjaya”, ujarnya

“Saya tidak mahu ‘tinggalkan’ mereka setelah mereka menjual produk saya.  Pengalaman lalu menjadikan saya begitu berhati-hati.  Bukan mudah membina jenama JRM sehingga mampu ‘berdiri’ sehingga hari ini”, tambahnya

Bonda Rozita Ibrahim sangat mementingkan peribadi dan kesetiaan untuk mereka yang berdamping dengannya. Namun setelah hampir 7 tahun menjadi anak didik Bonda Rozita Ibrahim, Puan Nazatul Azlin yang lebih mesra dikenali sebagai Olin sentiasa mencabar diri dan bertanggungjawab mengemudi legasi jenama gah ini di Negeri Sembilan khususnya apabila beliau berjaya menganjurkan Program JRM Biso Bonar untuk kali ke-tiga di Negeri Sembilan.

“Meskipun beliau tegas, namun ada sifat ‘keibuan’ dalam mengajar anak-anak agar dapat berdikari apatah lagi membawa jenama JRM Holistik ke peringkat yang lebih tinggi”, ujar Puan Nazatul Azlin

“Sepanjang 7 tahun berada di bawah pengawasan Bonda, banyak perkara yang saya pelajari.  Bukan hanya perniagaan tetapi ilmu yang mungkin tidak saya perolehi di tempat lain.  Jaringan perniagaan disamping memperkayakan nilai persahabatan itu menjadi misi utama JRM Holistik”, katanya

Lebih 1000 orang peserta yang hadiri dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan pada program kali ini, ia memberikan petanda bahawa jenama JRM di Negeri Sembilan berjaya melakar kejayaan walaupun ketika ekonomi di negara tidak begitu baik.

Program yang bermula pada seawal 8.00 pagi dan selesai kira-kira pukul 5.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai pengisian menarik seperti Bual Bicara Eksklusif ‘Cantik Dan Sihat: Orang Dulu VS Orang Sekarang’ oleh Bonda Rozita Ibrahim dan ceramah ‘Orang Hebat, Sihat Emosi’ oleh penceramah selebriti, Ustazah Asni Mansor.

Turut diadakan ialah Demostrasi Aplikasi Think Quran dan penerangan digital Think Quran oleh tetamu selebriti, Melissa Saila. Selain itu, pelbagai reruai juga disediakan antaranya, Pemeriksaan Kesihatan Asas, Pemeriksaan Kesihatan Mental (DASS), Urutan Rumah Hutan, Cabutan Bertuah, Jualan Pecah Gudang pelbagai produk JRM serta banyak lagi pengisian menarik yang disediakan.

Program JRM Biso Bonar turut diserikan dengan kehadiran isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni binti Wan Yusof sebagai perasmi majlis.  Datin Suriani Yahya, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Puan Noorzunita Begum, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Yang Berhormat Tengku Hajah Zamrah, ADUN Ampangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO serta isteri-isteri Yang Berhormat EXCO Negeri Sembilan turut hadir.

Puan Olin bersama tim Nogori Ohsem dan Olin Beauty Sdn Bhd turut cakna dengan isu-isu semasa.  Justeru itu, tanggungjawab sosial korporat agar dapat memberi kembali kepada komuniti terutamanya golongan wanita yang memerlukan. Bagi memulakan usaha itu dan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestine yang sedang dilanda krisis peperangan sekarang, Olin Beauty Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestine Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Puan Olin kepada wakil Kerajaan Negeri Sembilan.

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar atau mendapatkan info berkaitan produk boleh melayari laman sesawang www.jrmbisobonar.com.my atau hubungi tim Olin Beauty Sdn Bhd di talian 014-315 5649.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page