November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Ada’ Temukan Afgan dan Lyodra

Spread the love

Afgan dan Lyodra, akhirnya dipertemukan menerusi lagu ‘Ada’. Lagu yang ditulis oleh Afgan pada tahun 2020 tercetus apabila dia menerima berita bahawa salah satu orang yang paling rapat dalam hidupnya memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya setelah bertahun-tahun menjalani hubungan.

Mendengar berita itu, Afgan merasa sedih dan memutuskan untuk meluahkan perasaannya dengan menulis “Ada” dengan harapan, mereka berdua dapat kembali bersama suatu hari nanti. Tahun 2023, Afgan dan Lyodra menjalin komunikasi di media sosial. Hasrat mereka berduet kerana sama-sama mengagumi satu sama lain pun menjadi kenyataan iaitu menerusi “Ada” yang sebelumnya Afgan sempat lupa akan kewujudan lagu tersebut.

“Saya dan Lyodra bersama-sama mencari lagu yang sesuai untuk kita berdua, tapi tidak dapat juga. Sampai akhirnya, saya diingatkan soal lagu “Ada” yang saya tulis tiga tahun lalu. Saya memperdengarkannya pada Lyodra dan dia langsung suka. Ternyata, lagu tersebut memiliki waktunya sendiri dan lebih bagus dibawakan berdua,” jelas Afgan.

Ketika rakaman, Afgan sering memberi perhatian kepada Lyodra sekaligus mengarahkan vokalnya. Di satu sisi, Afgan memang ingin lagu yang melankolia namun di saat yang sama juga mahu ia dibuat sesempurna mungkin. Sebabnya, kerana “Ada” amat bermakna baginya.

 “Lagu ini sangat peribadi untuk saya dan saya sayang sekali pada lagu ini. Lyodra sendiri juga mahu menerokainya dan dirinya sangat menyenangkan, membuat saya yakin bahawa hanya Lyodra yang sesuai membawakan lagu ini bersama saya,” kata Afgan.

Rakaman video muzik “Ada” berlangsung di Tulamben, Bali, dan diarahkan oleh Bramsky. Segala-galanya yang ada di klip videonya, dari konsep hingga nada sudah lebih dibincangkan oleh Afgan dan Lyodra. Walaupun Lyodra sakit dan hampir pengsan semasa pengambilan gambar, proses penggambaran berlangsung dengan baik dan lancar.

“Afgan adalah pasangan yang baik dan sangat merendah diri. Kami banyak berbincang tentang “Ada”dari awal sehingga lagunya dikeluarkan, bermula dari rakaman hingga klip video. Afgan memberi kebebasan pada saya untuk mencuba apa sahaja dan dia sangat menyokong tindakan saya.

 Proses rakaman pun menyenangkan kerana dia menemani dan mengarahkan saya. Semoga ramai suka akan lagu ini, boleh menemani hari-hari para pendengar, banyak yang merasai, dan menjadi doa bagi kalian yang tengah mengalami konflik dengan pasangan. Ingat, apa yang anda hadapi, anda akan tetap bersama. Semoga dipermudahkan langkah anda agar kita bersama menjadi lebih baik. Selamat mendengarkan “Ada” di semua platform digital” kata Lyodra.

“Universal Music Indonesia sangat menyokong kolaborasi kreatif untuk mempersembahkan lagu terbaik untuk peminat dan pencinta muzik di seluruh rantau ini. Pada kolaborasi ini keunikan setiap artis memberikan warna tersendiri yang saling melengkapi dan menjadi harmoni yang sempurna,” kata Perry Parikesit, Pengarah A&R Universal Music Indonesia.

“Kolaborasi Afgan dan Lyodra ini adalah hadiah bagi para pencinta muzik Indonesia, terutama untuk para peminat tegar mereka, peminat Afganisme dan MyLyodra. Selain perpaduan suara keduanya yang menghasilkan rasa yang indah, pesan di lagu tersebut juga tersampaikan dengan baik. Kami harap banyak penampilan dan lagu berkualiti yang lahir dari Afgan mahupun Lyodra ke depannya,” kata Dwi Santoso, Ketua A&R (Music Production & Talent Scouting) Trinity Optima Production.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page