September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Rock Kapak’ Imbau Nostalgia

Spread the love

Oleh:  AwekSamurai Foto: Azmi Hasima-Eqim Senna

Bila dengar istilah ‘Rock Kangkang’ ini, secara automatik peminat baharu akan teringat filem-filem karya Allahyarham Mamat Khalid, namun bagi mereka yang membesar zaman tersebut ianya bagai mengimbau nostalgia.

Peminat genre rock di sajikan dengan konsert Rock Kapak dari band-band lagenda yang popular di zaman penghujung 80 an iaitu Desire , Junction dan Meditasi yang telah berlangsung pada 7 Oktober lalu di Panggung Asia.

Fenomena kehadiran rockers- rockers yang datang dengan dress up ala-ala Mötley Crüe yang berlegar legar, rupanya ada pertandingan ‘dress up’ siapa paling rock.

Konsert Rock Kapak bermula sekitar jam 9 malam, meskipun menggalas tugas ‘opening act’ namun energi Revenge mengundang sorakan huru hara dari crowd yang datang membuat pentas menjadi panas dengan pembukaan lagu mereka sendiri bertajuk 1.9.8.0 selepas itu di pancing dengan lagu cover dari kumpulan Sweet Charity ( Batu) dan di rancak kan lagi dengan lagu Iron Maiden (medley) yang bikin riuh rendah di buat nya. Tanpa memberi ruang kepada khalayak untuk berehat, Revenge tampil dengan lagu Number Of The Beast, Fear Of The Dark, Evil That Man Do, Aces High dan penutup The Troopers.

Bloodbrothers mengambil alih pentas dengan meneruskan kepanasan permulaan lagu 7 petala, Sahabat/Insan ( medley) ,Hati Syaitan ( cover) ,Enigma ( cover) dan lagu jeritan permintaan audien lagi Orang Timur (SYJ).

Konsert Rock Kapak meniti klimaksnya dengan penampilan pertama Meditasi. Pembukaan lagu Meditasi  Hey Hey Hey Meditasi. Selepas itu mereka tampil dengan Hukuman Pada Pesona dan Kehancuran.

Tanpa Biar Pedih Kasih Memanjang boleh diibaratkan makan tanpa minum air, ketika ini satu Panggung Asia bernyanyi bersama terima kasih di atas usaha kalian menghiburkan kami yang tidak sempat menikmati zaman rock 80an.  Bak kata Burn dulu gigi penuh lagi sekarang gigi pun dah tiada yang mengundang ketawa satu Panggung Asia.  Meditasi kemudiannya menutup tirai dengan lagu Surah Syaitan dan Bidadari.

Selepas persembahan Meditasi Show terhenti seketika dengan masalah teknikal .  Panggung Asia kepanasan dengan tiada penghawa dingin semua audien sudah berlari keluar kerana panas dan gangguan teknikal selama hampir 30 minit konsert di hentikan.

Junction kemudiannya menghangatkan suasana dengan lagu Dosa .Walau rasa berdosa sebab panas tapi masih ramai yang mahu menikmati persembahan yang cukup berenergi dari Hatta. Junction kemudiannya membawa khalayak menerawang bersama Monolog Untuk Rina dan 11 LA dan Petualang yang dipertik daripada album Petualang.

Klimaks persembahan Juction pastinya mendodoi penonton dengan lagu ‘tangkap lentok’ seperti Akan Ku Kenang, Alam Mimpi dan Demi Cinta Setia yang mengamit lontaran vokal berharmoni daripada hadirin.

Desire melengkapkan Konsert Rock Kapak, walau panas mereka tidak patah semangat dengan lagu keras mereka masih ramai yang tidak puas head banging ,Desire mendendangkan beberapa buah lagu antaranya Putri Saadong, Dinasti Air Mata, Sesat, Benar Tetap Benar tidak ketinggalan lagu cover dari Metallica Sad But True dan lagu hits yang sentiasa malar segar iaitu Bias Cinta.

Meskipun di landa masalah teknikal, Konsert Rock Kapak tetap berlangsung dengan meriah.  Panas bukanlah alasan untuk kesemua band memberikan persembahan sambil lewa.  Pengalaman mendewasakan persembahan apatah lagi sokongan peminat yang tiada bernoktah terhadap muzik rock sekaligus memberi ‘nyawa’ untuk kumpulan-kumpulan rock terus bernadi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page