November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Komitmen Menjadi Keutamaan Kami – Torque Six

Spread the love

Untuk menubuhkan sesebuah kumpulan itu bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi ianya memerlukan pengorbanan, komited dan komitmen yang tinggi demi menjayakan visi band tersebut.

Berpegang kepada prinsip ‘komited dan komitmen’ yang menjadi acuan untuk Torque Six agar terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Bukan hanya tahu mengendalikan instrumen masing-masing tetapi semangat kerjasama dan faham nilai persahabatan yang  menjadikan Torque Six terus gah untuk berdiri.

Memilih untuk berada di kelompok ‘alternative rock’ sebagai paksi muzik T6 serta menjadikan kumpulan My Chemical Romance, Linkin Park dan sealiran dengannya sebagai penanda aras untuk Torque Six terus berkarya.

“Lapan tahun berdiri di bawah jenama Torque Six bukanlah perkara yang mudah, banyak halangan yang terpaksa ditempuhi apatah lagi kesefahaman antara ahli menjadi faktor utama jenama itu masih ada dalam industri”, ujar Kamal sewaktu ditemui menerusi satu temubual baru-baru ini.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, pelbagai rencah asam garam di kalangan ahli kumpulan dan pertukaran ahli itu meskipun ianya adalah lumrah bagi sesebuah kumpulan, namun tidak bagi kami”, jelasnya.

Selain Kamal, Torque Six yang ditubuhkan pada tahun 2015 dianggotai oleh Akmal, 35, (Vokalis), Sham, 24, (Pemain Gitar), Imran, 30, (Pemain Bass) dan Paqa, 38, (Pemain Drum) telah meliriskan album berjudul ‘Pun Intended’ selepas mengambil masa selama 8 tahun untuk diriliskan.

“Sebagai band independent atau indie seperti kami yang tidak mempunyai sumber dana yang cukup, senang kata DIY daripada setiap anggota dengan kreativiti tersendiri, adalah tidak mudah dan memerlukan masa yang sedikit lama oleh kerana masing-masing mempunyai kerjaya dan komitmen tersendiri. Walaubagaimanapun, kini kami sudah mempunyai misi dan visi yang jelas untuk maju ke depan.

“Untuk makluman, kami sudah terbitkan album T6 ‘Pun Intended’ dalam bentuk fizikal iaitu booklet yang mengandungi QR code bagi setiap lagu. Pembeli boleh dapatkan di Shopee atau Social Media kami seperti IG, Tiktok, FB dan lain-lain.” Jelasnya.

Album ‘Pun Intended’ yang merupakan permainan kata berkait dengan pemilihan nama Torque Six itu sendiri (Toksik) yang memberi maksud muzik ciptaan mereka akan menular dan memberi kesan kepada pengemar muzik mereka. Menariknya 99 peratus lagu di dalam album ini dimainkan sendiri oleh mereka dan hanya sebatas minimal mendapat bantuan pemuzik luar.

Bagi Torque Six, mereka begitu gembira apabila dapat menerima reaksi positif daripada pendengar dan peminat berkenaan album tersebut. Adapun kritikan diterima lebih menjurus kepada luahan eksperimental dan kreativiti baik dari segi mainan instrumen, vokal mahupun gubahan lirik. 

“Hasil dari input room for improvement’ serta kata-kata semangat ini, InsyaAllah akan diambil sebagai satu ‘pushing factor’ dalam pembikinan material yang akan datang.

“Alhamdulillah, secara umumnya, komen-komen diterima adalah positif dan mendukung terutama dari segi komposisi. Kami berharap agar muzik kami menular dan diterima oleh para semua pendengar InsyaAllah. Kami juga ingin step updari zon selesa dan reach out kepada pendengar-pendengar baharu.” Ujar Akmal pula.

Pengorbanan Torque Six akhirnya membuahkan hasil apabila di beri peluang untuk beraksi sebagai ‘opening band’ sewaktu Wings mengadakan persembahan di World Trade Centre (WTC) yang berlangsung pada 26 Ogos lalu.

“Ianya seolah-olah ‘dream come true’ apabila nama T6 tercatit dan diberi sepenuh kepercayaan oleh pihak penganjur KLBS’23 sebagai band opening act untuk konsert kumpulan Wings”, ujar Akmal

“Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk band indie seperti kami mengetengahkan muzik tersendiri ke khalayak yang datang pada malam tersebut. Kami memang betul-betul rasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki-Nya,” ujarnya.

Sebanyak 5 buah lagu dipersembahkan pada malam tersebut, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2015 ini bersedia menerima apa jua kritikan kerana muzik yang dipersembahkan berbeza dari segi genre dan mungkin tidak selari dengan penonton yang majoritinya adalah peminat tegar kumpulan Wings. Namun sangkaan mereka tidak tepat apabila mereka menerima komen yang amat positif dari penonton yang menyaksikan persembahan mereka.

“Rata-rata komen yang kami terima baik dari depan mata mahupun di media sosial, Alhamdulillah, ianya begitu positif dan ini mengejutkan kami. Walaupun terdapat juga sebahagian kecil penonton yang mungkin tidak selari, perbezaan fahaman dan tidak terima dari segi genre yang kami bawa, kami faham dan ambil maklum perkara tersebut. 

“Kami telah sematkan dalam kepala kami sebelum mula persembahan dengan objektif untuk beri yang terbaik. Tidak semua boleh kami puaskan seratus peratus dalam apa jua situasi sekalipun. Kami sebagai pemuzik bersikap profesional dan ambil segala kritikan secara sudut pandang positif untuk menjadi pemangkin supaya dapat memberikan yang lebih baik daripada sekarang. Secara tak langsung, T6 sudah mula dikenali di platform arus perdana.” Katanya.

Album ‘Pun Intended’ boleh distrim secara digital melalui platform strim popular seperti Spotify, Apple Music, Deezer, YouTube dan lain-lain. Peminat Torque Six juga boleh mendapatkan rilisan fizikal (booklet) melalui Shopee dengan pautan boleh didapati di semua media sosial mereka dan juga boleh DM secara terus di medsos Torque Six untuk pembelian.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page