September 20, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Bob  Sentuhan Rai Ulang tahun ke 12 Di Panggung Asia

Spread the love

Setelah lebih 20 tahun menghiburkan orang ramai di kaki lima sebagai pemuzik jalanan atau busker, Bob Sentuhan bakal mencipta sejarah peribadi apabila diberi ruang dan peluang untuk mengadakan konsert di Panggung Asia, 18 November ini.

Ia bukan sekadar sebuah konsert malah Bob Sentuhan akan ‘meraikan’ peminat setianya selain menyambut ulang tahun ke 12 penubuhan Bob & Sentuhan Band.  Konsert anjuran RYZ event itu turut menampilkan bakat dari Singapura, Ryzal Ryzal Aziz, selain penyanyi cilik, Cinta Suci Indah Urmila Zaidi yang lebih dikenali sebagai Adik Cinta. Timeless Studio sebagai penaja bersama.

“Konsert ini adalah bagi meraikan pemuzik Sentuhan yang bersama saya selama 12 tahun ini, terutama Shahrul Amri selain tanda terima kasih atas sokongan peminat yang memberi ruang kepada buskers, sekali gus membawa karya seniman jalanan pada tahap lebih tinggi”, ujar Bob ketika ditemui media di Damansara baru-baru ini.

“Ia adalah sebuah persembahan istimewa yang bakal berlangsung selama tiga jam tanpa henti dengan pemilihan lagu, termasuk karya asal daripada album Sentuhan yang jarang didengar yang banyak berkisar tentang Malaysia, jiwa dan persembahan jalanan seperti Aku Cinta Kamu dan Bukit Bintang”, katanya.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Aizad Rahman turut menyifatkan konsert berkenaan sebagai lambang kejerihan dan pengorbanan, terutama bagi seniman yang berkarya di jalanan yang berjuang tanpa lelah.

“Saya memilih untuk mengekalkan konsep busking, muzik secara keseluruhannya cenderung kepada lagu-lagu hard rock dengan sistem bunyi, sesuai bagi sebuah konsert. Selain itu kami juga akan mengadakan sesi ‘open jamming’nanti yang dibuka kepada mereka yang pernah bersama Sentuhan untuk tampil dengan persembahan spontan,” tambahnya.

Bob turut menjelaskan bahawa tujuan utama konsert berkenaan di adakan adalah bagi meraikan keberadaan Bob & Sentuhan Band dalam seni muzik tanahair.

“Konsert ini di jangka akan berlangsung selama 3 jam, lebih menarik satu segmen khas juga dirancang bagi memperdengarkan lagu-lagu pelbagai bahasa seperti hits Bollywood dan Arab yang merupakan sebahagian daripada identiti Bob & Sentuhan Band”, ujarnya

Peminat yang ingin menyaksikan Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band ini boleh mendapatkan tiket berharga RM108 (VIP), RM88 (Cat 1) dan RM68 (Cat 2) telah mula dijual di laman web www.ilassotickets.com, atau boleh hubungi hotline 011-13297822.

Peminat juga berpeluang untuk menikmati diskaun istimewa sempena Hari Malaysia, dimana semua tiket diberi diskaun 16% bagi semua kategori VIP = RM91.00 (NP : RM108), CAT 1 = RM74.00 (NP : RM88), CAT 2 = RM57.00 (NP : RM68).  Ianya sah bermula 00.00am – 11.59pm on 16.09.2023

Selain itu, pembeli boleh mendapatkan tiket secara pukal, VIP Package ( 3 Tickets ) – RM292 (np : RM324), CAT 1 Package ( 3 Tickets ) – RM238 (np RM264) dan CAT 2 Package ( 3 Tickets ) – RM184 (np RM204)


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page