November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Johny Comes Lately Pertahan Takhta Raja Ska Punk Malaysia Dengan ‘Di Simpang Tiga’

Spread the love

Johny Comes Lately (JCL), sebuah kumpulan ska punk yang telah bertapak dalam arena muzik mandiri tempatan sejak tahun 2009 dan telah tampil di pelbagai festival, persembahan, dan siaran langsung sepanjang kerjaya muzik mereka.

JCL terkenal dengan kepulan tenaga semangat punk rock, dialun seksyen brass yang merdu, beserta irama reggae dan ska yang menghentak – terbukti di semua persembahan langsung mereka.

Sejak menerbitkan EP pertama swanama pada tahun 2009, mereka telah membina kelompok pengikut setia dalam kalangan peminat ska punk di Malaysia. Kemudiannya, mereka menerbitkan album sulung Ke Mana Kita? (2016) dan beberapa single termasuk Kaya (2016) dan Fuyyo/Gundah (2017) yang dikeluarkan dalam perlbagai format edaran seperti CD, kaset, Vinyl 7 inci dan digital (Spotify, Apple Music dsb.)

Pada November 2019, mereka kehilangan sosok penting yang juga pemain gitar utama dan antara pengasas kumpulan, Allahyarham Aizat Azuan Bin Hamidon, akibat masalah jantung, menyebabkan JCL berdiam diri untuk beberapa ketika untuk pemulihan dengan menulis album baru.

Kini, Johny Comes Lately sedia untuk mempromosikan album kedua mereka, Di Simpang Tiga, yang memuatkan 10 lagu beradun kritikan sosio-politik, kisah-kisah lucu dan pesanan positif yang akan membuktikan kebolehan JCL dalam meneroka sisi kreatif yang baru dan melukis batas baharu bunyian ska Malaysia.

“Perjalanan untuk menyiapkan album ini sangat mencabar, terutamanya apabila kami kehilangan seseorang yang begitu disayangi dan mempunyai pengaruh besar terhadap bunyi dan hala tuju kumpulan. Kami sedang dalam proses menyiapkan lagu-lagu ketika kami menerima berita sedih tersebut, dan ia benar-benar meninggalkan kesan besar dalam diri kami, hingga ke tahap kami hampir membubarkan JCL. Ia memerlukan masa untuk kami pulih, mencari ahli kumpulan yang baru, bermula semula dan mencari keserasian bermain dan menulis bersama lagi, dan kami sentiasa bersyukur atas usaha ini. Seluruh perjalanan kami untuk mendaki semula dan membuat keputusan sukar semasa proses penciptaan album ini membawa kepada penghasilan nama album ini,
Di Simpang Tiga‘”

Official Video Lirik “PDRM” oelh Johny Comes Lately dari album “Di Simpang Tiga”

Pautan
Instagram: https://www.instagram.com/johnycomeslately/
Facebook: https://www.facebook.com/johnycomeslately
Youtube: https://www.youtube.com/@johnycomeslately
Email: [email protected]


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page