April 9, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

ST Rosyam Mart Ukir Sejarah, Rangkaian Hypermarket 24 Jam Paling Pesat Berkembang 2025

Spread the love

Jenama runcit tempatan, ST Rosyam Mart, terus mencipta impak besar apabila diiktiraf sebagai Rangkaian Hypermarket 24-Jam Paling Pesat Berkembang 2025 (Pemegang Rekod Pertama) oleh Asia Records.

Pengiktirafan berprestij itu bukan sahaja mengangkat nama jenama berkenaan di peringkat serantau, malah mengesahkan kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam industri runcit borong halal di Malaysia.

Sebagai penerima pertama anugerah tersebut, ST Rosyam Mart dilihat berjaya mentransformasikan konsep pasar raya borong dengan menawarkan operasi 24 jam, sekali gus memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan kemudahan tanpa batas waktu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho, berkata pengiktirafan itu adalah hasil usaha kolektif seluruh pasukan dalam memastikan pelanggan sentiasa menikmati nilai terbaik.

“Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan kemudahan dan nilai kepada pelanggan. Kami akan terus memperkukuh perkhidmatan serta memperluaskan operasi bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama berkenaan.

“Ia satu pencapaian yang amat membanggakan. Sokongan pelanggan dan rakan kongsi menjadi kekuatan utama kami untuk terus menawarkan harga berpatutan serta pengalaman membeli-belah yang selesa,” katanya.

Sehingga 2026, ST Rosyam Mart telah mengembangkan rangkaiannya kepada sembilan cawangan, dengan tumpuan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Menariknya, setiap cawangan bukan sekadar pasar raya biasa, tetapi menawarkan pengalaman membeli-belah bertaraf lima bintang dengan konsep borong halal 24 jam.

Antara tarikan utama termasuk pilihan barangan segar, daging dan makanan laut, keperluan harian serta elemen gaya hidup seperti ‘Celebrity Corner’ yang menjadi identiti unik jenama ini.

Cawangan terbaharu di Jakel Square pula tampil dengan konsep ‘Malaysia Selection’, menghimpunkan pelbagai produk tempatan di bawah satu bumbung.

Dalam usaha meningkatkan kepuasan pelanggan, ST Rosyam Mart turut menyediakan lebih 20 perkhidmatan percuma termasuk pinjaman power bank, air minuman, perkhidmatan memotong daging, bantuan mengecas bateri kereta dan pam tayar.

Dengan slogan “Berbelanja Di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat!”, jenama ini terus komited untuk menawarkan nilai, kemudahan dan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page