March 12, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Infinity Vibes Fest 2025 Himpun Kopi, Muzik dan Larian

Spread the love

Infinity Love Creative Ventures mengumumkan penganjuran sulung Infinity Vibes Fest 2025, sebuah pesta gaya hidup bebas alkohol pertama yang menggabungkan aktiviti larian, kopi, muzik dan kulinari, pada 13 Disember 2025 (Sabtu) di Dataran MAEPS, Serdang.

Pesta sehari ini menampilkan konsep gaya hidup sihat dan interaksi komuniti, menjadikannya destinasi hujung minggu yang selamat, mesra keluarga dan inklusif. Penganjur, Shasha Samsudin dan Pengarah Kreatif Acara En Fidote dari Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events), berkata pesta ini dibangunkan sebagai sebuah platform gaya hidup moden yang menghimpunkan pelbagai hobi dalam satu acara padat.

“Objektif utama kami adalah untuk memperkenalkan sebuah One-Day Lifestyle Event yang menggabungkan larian santai, kopi, pencuci mulut, kulinari gaya hidup dan muzik dalam satu pengalaman menyeluruh,” kata Shasha sambil menambah bahawa pesta ini turut memberi peluang kepada bakat DJ tempatan untuk tampil di pentas berskala besar.

Beliau menjelaskan bahawa konsep pesta sehari dipilih bagi memastikan pengalaman pengunjung lebih fokus dan tersusun, di samping membantu pengurusan logistik dan kos acara. Pesta ini juga memperkenalkan elemen baharu yang pertama kali diadakan di Malaysia iaitu R&B & Hip-Hop Picnic, di mana pengunjung boleh berkelah sambil menikmati muzik urban yang dimainkan DJ tempatan.

Selain muzik, pesta ini turut memberi tumpuan kepada kulinari moden menerusi segmen Coffee, Dessert & Kulinari Lifestyle yang menghimpunkan usahawan kecil, artisan kopi, bakeri serta penggiat pencuci mulut tempatan. Acara ini dijangka menarik kehadiran antara 3,000 hingga 10,000 pengunjung daripada pelbagai latar belakang termasuk keluarga, fun runners, peminat kopi dan pencuci mulut, pelajar serta golongan dewasa muda.

Shasha turut menyatakan harapan agar Infinity Vibes Fest berkembang menjadi pesta tahunan terbesar dalam kategori kopi, dessert, muzik urban dan fun run, sambil terus menyokong pengusaha kecil serta membina komuniti gaya hidup yang positif.

Pesta ini menawarkan empat pengalaman utama sepanjang hari. Pada waktu pagi berlangsung Coffee & Dessert Run dari jam 7 pagi hingga 11 pagi, melibatkan larian santai 5KM yang masih dibuka penyertaannya, manakala kategori Fun Walk 3KM telah habis dijual. Kehadiran pempengaruh Leha Ohsem dari siri Bila Nak Mula turut memeriahkan suasana. Sepanjang hari pula, pengunjung boleh menikmati pilihan makanan daripada rangkaian usahawan kopi, pencuci mulut, bakeri dan kudapan tempatan melalui segmen Food Fest: Coffee & Dessert.

Pada waktu petang dari jam 4 hingga 7, pengunjung boleh bersantai di R&B & Hip-Hop Picnic sambil menikmati pilihan muzik R&B, Hip-Hop dan chill grooves. Tiket bagi segmen ini berharga RM49. Malam kemuncak pesta bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam menerusi Local DJ Night, menampilkan barisan DJ tempatan berbakat seperti DJ MIA, DJ DEVO WAYNE, DJ ALIPH, DJ ASAP, DJ ALIPP, DJ FAZZ dan DJ SYAZA. Turut tampil ialah DJ LOLLIPOP (Lawrence Anthony), pemegang rekod Malaysia’s Youngest DJ oleh Malaysia Book of Records.

Pesta ini turut menerima sokongan jenama seperti Kopi Dua Darjat, F&N (100PLUS), Park Inn Hotel by Radisson dan MAEPS Serdang. Pelbagai hadiah menarik seperti jam Roerdum, baucar bilik Park Inn, Smart TV dan hamper menanti pengunjung serta usahawan melalui cabutan bertuah.

Tiket kombo bagi R&B & Hip-Hop Picnic dan Local DJ Night turut ditawarkan pada harga RM120. Untuk maklumat lanjut atau pembelian tiket, layari www.infinityvibesfest.com atau hubungi talian hotline +6011-3300 0017.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page