ZEROBASEONE Bakal Gegar Kuala Lumpur November Ini

Tiket Mula Dijual 9 September
Buat peminat K-pop di Malaysia, khususnya ZEROSE, inilah detik yang ditunggu-tunggu! Kumpulan sensasi ZEROBASEONE (ZB1) akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan turun ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah baharu, 2025 ZEROBASEONE WORLD TOUR [HERE&NOW].
Konsert istimewa ini bakal berlangsung pada 8 November 2025 (Sabtu), jam 5 petang di IDEA LIVE ARENA, menandakan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi penting dalam jelajah arena berskala besar mereka di Asia.
ZEROBASEONE lahir daripada survival show popular BOYS PLANET dan menampilkan sembilan jejaka berbakat: Sung Han-bin, Kim Ji-woong, Zhang Hao, Ricky, Kim Gyu-vin, Kim Tae-rae, Park Gun-wook, Seok Matthew dan Han Yu-jin.
Debut mereka terus mencatat sejarah apabila album YOUTH IN THE SHADE meraih status million-seller. Sejak itu, pelbagai anugerah rookie berprestij seperti MAMA, MMA, Golden Disc Awards dan AAA menjadi bukti kukuh bahawa ZEROBASEONE bukan sekadar fenomena sementara, tetapi ikon generasi baharu K-pop. Tidak hairanlah mereka diberi gelaran “monster rookie”!
Selepas kejayaan jelajah pertama, kali ini ZB1 kembali dengan produksi yang lebih besar dan matang. Jelajah [HERE&NOW] akan membuka tirai dengan tiga malam di KSPO Dome, Seoul (3–5 Oktober) sebelum bergerak ke tujuh bandar utama Asia, termasuk Kuala Lumpur.
Poster rasmi jelajah memaparkan gambaran alam semesta bertabur bintang biru – simbol perjalanan penuh mimpi antara ZB1 dan ZEROSE. Konsert ini dijanjikan sebagai sebuah pengalaman penuh emosi dan energi, meraikan cinta serta sokongan yang telah terjalin sejak hari pertama mereka bergelar idola.
Dianjurkan oleh iMe Malaysia, tiket rasmi akan mula dijual pada 9 September, jam 12:00 tengah hari melalui platform BOOKMYSHOW dan FANTOPIA. Harga tiket yang ditawarkan adalah RM918, RM798, RM698, RM598, RM498 dan RM398

Pre-sale fanclub pula akan dibuka sehari lebih awal, pada 8 September (12:00 PM – 6:00 PM), eksklusif di BOOKMYSHOW. (Setiap transaksi hanya dibenarkan 2 tiket sahaja).
Selain konsert, peminat bertuah juga berpeluang menikmati fan benefits seperti Sound Check Event, Send Off Event, Hadiah eksklusif, Photocard, Poster bertandatangan, Laminate & Lanyard dan Tiket fizikal & Ticket holder

Bagi memastikan keadilan, nama dan nombor ID/Passport pembeli mesti sepadan dengan dokumen pengenalan diri. iMe Malaysia turut menasihati peminat agar hanya membeli melalui saluran rasmi bagi mengelak penipuan atau tiket palsu.
Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi iMe Malaysia di media sosial.