Konsert Legasi P. Ramlee Ditunda ke 2026
Bakal Jadi Festival Seni & Budaya Berskala Nasional
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2025 — TanahAir Films Sdn. Bhd. mengumumkan penangguhan Konsert Legasi P. Ramlee ke tahun 2026, dengan konsep baharu sebagai festival seni dan budaya bertaraf nasional di bawah inisiatif Projek Perdana P. Ramlee.
Pengarah Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, berkata perubahan ini membuka peluang lebih luas untuk penglibatan masyarakat, artis, dan penaja korporat. Festival tersebut akan menampilkan persembahan orkestra, artis ternama, serta aktiviti seni dan budaya pelbagai dimensi.
Pengarah Kreatif, Adlin Aman Ramlie, menegaskan bahawa pendekatan ini akan membawa semula roh dan semangat Tan Sri P. Ramlee agar lebih dekat dengan generasi masa kini.

Pihak Ticket2U akan menghubungi pembeli tiket dalam tempoh tiga minggu untuk urusan penukaran tarikh, naik taraf atau bayaran balik. Maklumat lanjut di media sosial rasmi @konsertlegasipramlee.
