October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Penganjur ‘Belanja’ Peminat Ke Konsert Hausboom 2023

Spread the love

Ratu rock negara, Ella bersama barisan artis terkemuka bakal menghangatkan Konsert Haus Boom Music 2023 pada 9 dan 10 September ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi berkata, susulan kejayaan siri konsert Hausboom Music yang bermula pada tahun 2018 yang berjaya menghimpunkan lebih belasan ribu peminat muzik, pihaknya menerima maklum balas luar biasa pada penganjuran kali ini.

“Tahun ini kami menerima banyak tekanan daripada orang ramai yang mahukan konsert Hausboom Music 2023 terus dihidupkan apatah lagi selepas dua tahun tergendala akibat pandemik Covid-19, saya pasti konsert kali ini lebih meriah”, ujarnya ketika sidang media konsert berkenaan di Menara Affin Bank Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Melihat kejayaan siri konsert Hausboom Music yang lalu, saya percaya ianya berada pada satu tahap dan standard yang luar biasa, justeru itu kali ini kali kami akan ‘belanja’ semua peminat muzik selama 2 malam dengan 35 barisan artis ternama tempatan termasuklah Ella, Search, Joe Flizzow, Alyph, Spider dan Dato M.Nasir”, ujarnya.

Selain itu konsert Hausboom Music 2023 turut menghimpunkan Hujan, Exists, Spider, Bunkface, SonaOne, SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, IamNeeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Imsomniaks, Mighnight Fusic, Gerhana SkaCinta, Grey Sky Morning, Naratu, Shila Amzah, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Forceparkbois, Gart Wuzgut dan Luqman Podolsk.

Pemuzik dari Indonesia yang diwakili oleh Hyndia manakala Alyph & Akeem Jahat merupakan 2 nama kelahiran Singapura yang cukup terkenal dalam genre hip hop turut sama di beri peluang untuk beraksi bagi menmbahkan ‘hype’ dalam konsert ini.

Menurut Azri, meskipun dewan konsert terbabit mampu memuatkan lebih 25,000 penonton dalam satu-satu masa namun bagi memberi keselesaan dan menjaga keselamatan orang ramai pihaknya akan cuba untuk memberikan fasiliti yang terbaik kepada semua penonton.

“Sasaran penonton tahun ini sama macam penganjuran sebelum ini. Kami tidak mahu konsert ini terlalu padat hingga menyukarkan pergerakan.

“Saya juga akan pastikan setiap penonton yang hadir akan merasai satu pengalaman konsert yang tidak dapat dilupakan dengan melihat gabungan penyanyi pelbagai genre dalam satu pentas,” katanya.

“Konsert berskala besar julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin rakyat Malaysia terutama golongan muda yang menantikan gabungan unik itu.  Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah selain sistem bunyi yang lebih canggih bakal di gunakan”, katanya.

“Pihak kami amat teruja apabila gabungan ini dapat disatukan. Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti.

Hausboom juga telah mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Housboom Music 2023.  Setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR di mana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang untuk memenangi hadiah isitimewa. Harga jualan tiket bermula dari RM199 (General), RM359 (Rockzone) dan RM1200 (VVIP).Tiket telah mula dijual sejak 25 Mei lalu. Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi online di Ticket2u.com.  Sekiranya peminat untuk membeli tiket secara ansuran, pembelian boleh dilakukan di http://shop.housboom.com


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page