May 28, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Dato’ Khadijah Ibrahim Temui Peminat & Lancar Produk Sos Cili Eksklusif di Singapura

Spread the love

SINGAPURA, 23 Mei 2025 – Ikon seni suara tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, mencipta momen penuh mesra dan makna bersama lebih 100 peminat setianya dalam sebuah acara eksklusif yang berlangsung di D’Banquet Hall, Aljunied Link, Singapura.

Acara yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh keakraban itu menyaksikan kehadiran peminat dari pelbagai latar belakang yang teruja menyambut penyanyi legenda tersebut. Bagi Dato’ Khadijah – yang lebih mesra digelar sebagai Ibu – kesempatan untuk bertemu langsung dengan peminat merupakan satu pengalaman yang amat dihargai.

Lebih istimewa, majlis itu turut menjadi pentas pelancaran produk terbaharu keluaran beliau, Sos Cili Ibu, yang diperkenalkan buat julung kalinya di pasaran Singapura. Produk ini merupakan hasil inovasi di bawah jenama makanan miliknya, Khadijah’s Kitchen, yang terkenal dengan sajian berasaskan resipi tradisional Melayu.

“Sos Cili Ibu ini saya hasilkan dengan penuh kasih sayang, diinspirasikan oleh kecintaan saya terhadap makanan pedas dan citarasa warisan. Ia bukan sekadar sos, tetapi satu simbol kenangan dan kehangatan masakan ibu-ibu dahulu,” ujar Dato’ Khadijah.

Para tetamu turut berpeluang menikmati keenakan Sos Cili Ibu yang terbukti serasi dengan pelbagai hidangan tempatan seperti nasi goreng, mi goreng, ayam panggang, kentang goreng, keropok lekor dan banyak lagi. Sambutan hangat daripada para hadirin turut memberikan isyarat positif terhadap potensi besar produk ini untuk berkembang di pasaran serantau.

Pelancaran rasmi Sos Cili Ibu di Yisun Halal Mart, Singapura turut menandakan langkah strategik Dato’ Khadijah dalam memperluas empayar perniagaan makanan ke peringkat antarabangsa, selari dengan hasrat beliau untuk terus memartabatkan warisan kulinari Malaysia di mata dunia.

Majlis ini bukan sahaja meraikan kejayaan seni seorang legenda, tetapi juga memperlihatkan sisi keusahawanan yang berani dan berwawasan, membuktikan bahawa minat dan warisan boleh digabungkan menjadi satu produk yang berkualiti tinggi dan penuh nilai sentimental.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sos Cili Ibu, layari www.ibufood.com atau ikuti laman media sosial rasmi di SOS IBU OFFICIAL.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page