Antacid Lancar Album Penuh: Kembalinya Raja Thrash Metal Kajang

Kumpulan thrash metal old school dari Kajang, Antacid, bakal melancarkan album penuh pertama mereka pada 5 Mei 2025 di bawah label Pekanmaya Record. Album ini memuatkan lapan trek yang mencerminkan semangat dan tenaga thrash metal klasik yang telah menjadi identiti kumpulan ini sejak penubuhannya pada tahun 2002.
Entities of Treachery, Lack Of Empathy, Antacid Attack, 3rd Eye Violence, Wailing Presence, Vexatious Imprisonment, Demise dan Motorhellrider. turut dimuatkan dalam album ini adalah 2 buah lagu lama yang diberi nafas baru agar ianya lebih segar, pasti anda selaku fanatika Antacid cakna dengan tajuk lagu tersebut.

Sebagai pemanas sebelum pelancaran rasmi, Antacid akan mengadakan jualan awal album secara fizikal semasa persembahan mereka di showcase KL Metal Mayhem pada 3 Mei 2025. Acara ini akan menampilkan barisan kugiran metal tempatan yang berpengaruh, termasuk Black Fire, Sil Khannaz, Langsuir, serta kumpulan-kumpulan yang sedang meningkat naik seperti Purbawara, Phantom Lord Ipoh, dan Sapprah.

Antacid telah memainkan peranan penting dalam perkembangan muzik thrash metal di Malaysia. Demo pertama mereka, Living in Disorder, dirakamkan pada tahun 2003, diikuti oleh Thrashing Mania pada tahun 2004. Pada tahun 2006, mereka mengeluarkan demo studio ketiga bertajuk Steel Thrashing Massacre, yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa dan laris di Jepun.
Dengan pelancaran album penuh ini, Antacid dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam scene metal tempatan dan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Antacid, sila ikuti mereka di laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/share/1Acki7ibzm/