November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Deathroned Bakal Menjajah Malaysia

Spread the love

Scene muzik bawah tanah sememangnya meriah dengan pelbagai aktiviti komuniti DIY yang cukup aktif ketika ini. Mereka aktif dalam penganjuran gig-gig berskala kecil, meriliskan album/demo/Ep/vinly dan sebagainya.

Tidak hairanlah mengapa scene ini cukup berpengaruh dan kuat sementelah scene mainstream berada dalam ‘ketakutan’ kerana ‘pudarnya’ aktiviti merakamkan album yang menyaksikan kehebatan sesebuah produk.

Penganjuran gig-gig berskala kecil masih lagi menjadi wadah pertemuan band dan peminat, justeru itu pihak Adam Music Studio akan membawa satu lagi gig Deathroned Miles To Purgatory – SEA Tour MMXXIII” yang bakal berlangsung pada 9 September di Taman Merdeka, Melaka.

Berpaksikan genre death metal, Deathroned yang di tubuhkan di Surabaya, Indonesia pastinya bakal ‘mencengkam’ jiwa peminat muzik ekstrim metal di Malaysia. Persembahan mereka turut disertai oleh jentera ekstrem tempatan seperti Operation Corpse, Chromatic Chaos, Sacred Sulphuric dan Nirrajim.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM35 di pintu masuk.  Persembahan akan bermula pada jam 3 petang.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page