February 26, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Arish Mikael: Antara Puisi & Rautmu – Showcase Istimewa Single Terbaru

Spread the love

Pemuzik berbakat Arish Mikael akan mengadakan satu acara showcase istimewa sempena pelancaran single terbarunya di bawah naungan Luncai Emas, Antara Puisi dan Rautmu. Acara ini akan berlangsung pada 13 Februari 2025, bertempat di Liberal Latte, Bukit Damansara, bermula jam 9 malam.

Walau begitu, tarikh pelancaran single tersebut secara digital pula adalah 21 Febuari 2025. Tujuan perbezaan tarikh tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para peminat Arish mendengar single baru tersebut secara intim & eksklusif, sebelum ia terdedah kepada khalayak ramai.

Tiket berharga RM35 boleh didapatkan secara dalam talian di liberallatte.my.

Acara ini menjanjikan pengalaman eksklusif yang tidak boleh dilepaskan. Para peminat akan menjadi saksi pertama kepada persembahan live Antara Puisi dan Rautmu, diiringi oleh beberapa ‘cover’ lagu popular. Persembahan ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa daripada band Liqorish, yang akan membuka malam tersebut dengan sentuhan unik mereka.

Acara ini merupakan hasil kerjasama antara Luncai Emas, Hired Hand, dan Liberal Latte, yang bersatu untuk mencipta suasana intim dan berkelas bagi meraikan pelancaran single ini. Dengan suasana hangat dan santai di Liberal Latte, peminat dapat menikmati malam penuh muzik, seni, dan rasa kebersamaan.

Showcase Antara Puisi & Rautmu adalah terbuka kepada umum, tetapi tempat adalah terhad. Tiket berharga RM35 boleh didapati secara dalam talian melalui laman web rasmi Liberal Latte di liberallatte.my. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati malam yang penuh dengan muzik berkualiti dan pengalaman tak terlupakan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page