January 30, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Konsert “Kasi Gegar”, Pertembungan 2 Genre Di Atas 1 Pentas

Spread the love

Bakal Berlangsung Pada 26 April di N9 Arena, Nilai Negeri Sembilan

Meskipun sudah beberapa kali mengadakan konsert samada berskala besar mahupun kecil, Cromok dan Amuk yakin bahawa mereka punya ‘tarikan’ tersendiri apatah lagi disatukan di atas sebuah pentas yang bakal menyajikan sistem audio dan pencahayaan yang menepati piawaian sesebuah konsert.

“Saya faham situasi peminat Cromok khususnya yang baru sahaja menikmati konsert The Real Cromok yang telah berlangsung di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini.  Namun peminat juga harus akur bahawa setiap konsert yang Cromok sertai memberikan pengalaman berbeza”, ujar Karl sewaktu sidang media Konsert Kasi Gegar yang berlangsung di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu.

“Setiap konsert mempunyai tema dan penceritaan yang berbeza, begitu juga dengan konsert kali ini.  Cromok pasti akan memberikan sisi berbeza apatah lagi kali ini kami digandingkan bersama Amuk yang nyata muziknya lebih kepada rock meskipun terinspirasi sedikit daripada Cromok”, tambah Karl.

Kenyataan Karl turut disokong oleh Sam yang juga merupakan bassis dan vokalis Cromok, dimana beliau turut menyatakan bahawa konsert Kasi Gegar bakal memberikan perspektif berbeza.

“Mungkin akan adanya kolaborasi di atara Cromok dan juga Amuk, mungkin akan berlaku dimana Amuk membawakan lagu-lagu daripada Cromok.  Begitu juga sebaliknya, Cromok akan membawakan lagu-lagu daripada Amuk.  Semuanya terlalu awal untuk diceritakan.  Apakah ianya berlaku atau tidak, peminat kena hadir untuk sama-sama berkongsi nostalgia yang mungkin tidak akan berulang”, ujar Sam

Bandi yang kelihatan cukup teruja apabila ‘lamaran’ untuk berkongsi pentas bersama Cromok mendapat restu Karl yang dihubungi menerusi panggilan telefon.

“Saya berasa cukup teruja apabila Karl menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dalam konsert kali ini.  Perkara ini seumpama sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.  Manakan tidak selepas hampir 15 tahun saya mengimpikan untuk beraksi sepentas bersama Cromok menjadi kenyataan”, ujar Bandi

“Untuk pengetahuan peminat, wujudnya Amuk adalah ‘restu’ Cromok yang memberikan kebenaran kepada Amuk membawakan lagu-lagu Cromok dalam acuan melayu.  Bukan mudah untuk sesebuah band yang punya ramai ‘followers’ dikalangan peminat muzik metal memberikan kebenaran tersebut”, katanya

Meskipun idea tersebut diilhamkan oleh arwah Mohd Arzmy Mohamad yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Bahagian Domestik EMI, Bandi menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Cromok secara personal meskipun dia tahu bahawa arwah Tarmizi Moktar (Miji) juga bekerja di syarikat rakaman tersebut.

“Dalam album pertama Amuk, Tanpa Prejudis, ada sekitar enam atau tujuh lagu Cromok dirakam semula dalam versi Melayu. Jadi peminat nak tengok kolaborasi saya dengan Sam (vokalis Cromok),” katanya.

“Untuk Amuk, saya mungkin akan ambil seorang lagi pemain gitar dinamakan Metal Bugis yang akan bergandingan Metal Jawa, Din Taring dan Budu Siam

Konsert Kasi Gegar adalah anjuran YNS Event Management yang akan berlangsung di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu, 26 April 2025, jam 9 malam.

Pengarah Eksekutif YNS Event Management, Encik Mohd Agmeer Hj Farouke berkata, konsert ini melakar sejarah tersendiri iaitu pertama kali menggabungkan Cromok dan Amuk, serta pertama kali berlangsung di N9 Arena, Nilai.

“Kita belum pernah melihat dua kumpulan hebat ini digandingkan dalam satu konsert besar sebelum ini. Buat julung kalinya mereka akan beraksi di atas satu pentas dan peminat perlu hadir menonton nanti.

“Selain itu, Konsert Kasi Gegar! Cromok vs Amuk juga adalah persembahan pertama yang diadakan di sini selepas menjalani penambahbaikan dan dinaik taraf bukan sahaja venue untuk acara-acara sukan bahkan juga sebagai venue konsert.

“Sebelum ini ia dikenali sebagai Stadium Tertutup Nilai yang dibina khas sempena Sukan Malaysia (Sukma) ke-10 pada 2004 dan kini dikenali sebagai N9 Arena, Nilai. Pelbagai acara akan diadakan di sini termasuk konsert,” katanya.

Tiket untuk menonton konsert ini berharga RM118 (Cat 1 berdiri), RM218 (Cat 2 duduk), RM158 (Cat 3 duduk), RM248 (VIP duduk), RM388 (VVIP duduk), RM488 (GS).  Tiket mula dijual sejak 24 Januari 2025, jam 3 petang dan boleh dibeli menerusi n9arena.ubertickets.asia.

Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi laman sesawang N9ARENA.UBERTICKETS. ASIA


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page