6 Kumpulan Lahirkan Perspektif Muzik Menerusi Album “Art Of Noise 2”
Pada tahun 2000 Speedrawk Records telah mengeluarkan sebuah kompilasi yang berjudul ‘Art Of Noise’ dimana ianya menghimpunkan muzik grunge daripada band-band seperti Finger Faults, Chaise Longue, Blowzy Lazy, Madhouse dan Run.
Label kecil yang kembali aktif kini sekali lagi menghimpunkan 7 buah kumpulan yang majoritinya berpaksikan muzik punk/indie/Britpop/alternative dalam siri kompilasi ‘Art Of Noise 2”. Album ini mengetengahkan band seperti The Furry Apes, Blithe, Chromes, D’Fender, Chaos Theory dan Peacemates. Kesemuanya adalah band yang di asaskan di Melaka.
Setiap band mempertaruhkan 2 buah lagu dalam album yang dicetak secara professional didatangkan dengan ‘sleeve’ berwarna serta info setiap band. Kesungguhan setiap kumpulan dalam mempersembahkan karyaan masing-masing ternyata berbaloi meskipun nama mereka cukup untuk ‘menakluki’ komuniti scene muzik bawah tanah tempatan.
Komitmen padu sedikit sebanyak bakal memberi impak positif sekiranya mereka berusaha keras dan tidak sekadar mencipta nama untuk album kompilasi ini. Chaos Theory misalnya cuba ‘menangkap khalayak’ dengan intro petikan lagu OST filem Penarek Becha, Oh Azizah yang dilihat cukup kreatif untuk terus memancing pendengar.
Tidak salah rasanya untuk anda menikmati hasil karyaan band yang terdapat dalam kompilasi ini. Dengan hanya RM30 anda akan dibawa melungsuri setiap lagu selain boleh terus memegang format CD yang mungkin ada sesetengah band lebih suka lagu-lagu mereka di buai ‘kerakusan’ persada alam maya. Kompilasi ini boleh didapati menerusi email:[email protected] atau whatapps:0129346206