40,000 pengunjung jayakan Tempatan Fest 2023
Bertempat di Stadium Kajang, Tempatan Fest 2023 telah diadakan pada 3 dan 4 jun lalu. Sempena ulang tahun ke-10, Tempatan Fest 2023 kali ini telah berjaya mengumpul jumlah pengunjung seramai 40 ribu orang dalam masa tempoh dua hari penganjuran. Dianggarkan lebih 40 gerai jualan menyertai Tempatan Fest 2023 kali ini. Antara produk tempatan yang terlibat adalah seperti Jantra, Pesta Kopi, Kelipan, Hara Huru, Tempatan Kitchen, Ekha, Serba Serbi, Saudagar Kopi, BSX Box, Nepsty, Two Kids, Sekutwo dan ramai lagi. Tiket masuk hanya bernilai RM10.00 sahaja dan pengunjung boleh memenangi cabutan bertuah motor Cafe Racer yang telah dibina oleh Eastern Bobber Custom Bike dan motor tersebut dipamerkan di gerai Jantra.
Selama dua hari, Tempatan Fest 2023 turut menyediakan dua pentas iaitu pentas tempatan dan pentas rakyat yang melibatkan persembahan band lokal tempatan. Pada 3 Jun, bermula jam 10 pagi hingga 12 malam, pentas rakyat menampilkan Sembang Santai bersama M. Nasir, persembahan band Olah Bunyi dan Kandora manakala pentas tempatan pula menampilkan The Woohoo, Leasim, SOG, Spiral Kinetic Circus, Oceansight, The Riddim Bois, The Splatters dan Pretty Ugly.
Pada 4 Jun pula, pentas rakyat disajikan dengan DJ Spin dari DJ Sir Brido, bacaan Puisi, Aman Damai Selekta, DJ Soul Boss, Teh Tarik Senja dan diakhiri oleh persembahan dari Baba Andy (Flop Poppy). Pentas Tempatan pula bermula pada 4 petang dengan persembahan band Smesta, Late Night Frequency, Nervedeless, Empty Page, Transitions, Ufuk Raya, Pitahati dan diakhiri dengan band OAG.