November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

200 Penyertaan Di terima Bersempena Walk The Doc International Documentary Festival

Spread the love

Sebanyak 200 video dokumentari bakal dipertandingkan menerusi Walk The Doc: Festival Dokumentari Antarabangsa yang menawarkan hadiah utama berbentuk geran RM5,000.

Pengarah festival, Nurashikin Zaharuddin berkata penyertaan acara yang dijadual berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos di Langkawi, Kedah itu meningkat berbanding 70 video sahaja dipertandingkan tahun lalu.

“Untuk tahun kedua penganjuran Festival Dokumentari Antarabangsa, pihak kami telah menerima 200 video penyertaan daripada peserta dalam dan luar negara.

“Malam kemuncak itu nanti, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Dokumentari Terbaik dan Anugerah Khas Juri yang mana masing-masing akan bawa pulang ganjaran geran wang RM5,000 bagi mereka meneruskan lagi kerja-kerja pembikinan dokumentari pada masa hadapan.

“Kami sangat berbesar hati menganjurkan festival ini bersandarkan objektif untuk memperbanyakkan lagi dokumentari yang menyerlahkan unsur-unsur keindahan dalam sesebuah negara,” katanya pada sidang media festival itu di Worq, Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Walk The Doc International Documentary Festival, sebuah platform inovatif yang berhasrat untuk merevolusikan dunia pembuatan filem dokumentari, memperkenalkan dirinya kembali sebagai pusat bagi pembuat kandungan tempatan dan antarabangsa. Dipersembahkan oleh Walk About Asia, platform ini memberi ruang kepada pembikin filem untuk menghasilkan filem dokumentari yang menarik berpusatkan tema pelancongan, alam sekitar, dan kelestarian.

Kesemua video yang dipertandingkan bakal diadili empat juri berpengalaman dari Malaysia, Jepun, Itali dan Turkiye.

Sementara itu, Pengarah Produksi Tourism Malaysia Datin Rafidah Idris berkata penganjuran festival ini dapat menggalakkan lagi penyedia kandungan tempatan untuk menunjukkan keindahan pelbagai lokasi menarik yang ada ditawarkan di Malaysia kepada orang luar.

“Selain itu, peserta juga boleh belajar pelbagai teknik menarik dalam pembikinan video dokumentari menerusi bengkel kelas yang akan diadakan sepanjang tiga hari festival itu berlangsung nanti,” katanya.

Walk The Doc: Festival Dokumentari Antarabangsa yang dianjurkan oleh Walkabout Asia dengan kerjasama Tourism Malaysia, Finas dan Think City Yayasan Hasanah.akan berlangsung Mercure Langkawi dari 1 hingga 3 Ogos 2023.

Untuk info WalkTheDoc mewakili platform yang mempunyai daya inovatif untuk menyatukan pembikin kandungan tempatan dan antarabangsa, dipacu oleh semangat untuk mencipta filem dokumentari yang memberi tumpuan kepada pelancongan, alam sekitar, dan kelestarian.

Kekuatan bercerita, Walk TheDoc menginspirasi perubahan, memupuk pemahaman, dan membentuk masa depan yang lebih lestari. Para pembikin filem, para profesional industri, dan penonton di seluruh dunia dijemput untuk bergabung dalam perjalanan penemuan, pencerahan, dan transformasi ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page