13,469 Pelajar SPM Dirai, PTTI Umum Insentif RM500 untuk Setiap Straight A

BANGI, 24 April 2025 – PTTI Group Sdn Bhd hari ini menganjurkan satu majlis penghargaan bertempat di Bangi Golf Resort bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI yang menunjukkan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2024. Dalam majlis ini, PTTI mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh Straight A dalam peperiksaan SPM 2024.
Seramai 13,469 pelajar PTTI telah mencatat peningkatan prestasi yang membanggakan tahun ini, dan PTTI mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A.

Sepanjang tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program dan kelas anjuran PTTI — termasuk melalui kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, dan program motivasi.
Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan pendidikan negara, PTTI telah menjalankan lebih 300 siri School Tour ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia serta lebih 10 sesi Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih.
Pelajar boleh melayari www.ptti.my untuk menuntut RM500 atau mendapatkan konsultasi pendidikan percuma daripada PEC.
Sementara itu, bagi calon SPM Batch 08, PTTI melancarkan program Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI yang berlangsung secara atas talian selama 5 hari, bermula dari 24 hingga 28 April 2025. Tiket boleh diperoleh secara percuma di laman rasmi PTTI.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal Nabila Razali dan Bella Astillah yang hadir memberi inspirasi kepada para pelajar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, “Ramai ibu bapa mahu bantu anak faham subjek SPM tetapi tidak tahu cara yang betul. Kami di PTTI dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya kami ada platform yang tepat untuk bantu calon SPM, lebih-lebih lagi bila peperiksaan diawalkan tahun ini. Harapan kami di PTTI adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya tukar gred Gagal ke Straight A pada tahun ini.” Untuk maklumat lanjut, layari www.ptti.my atau hubungi pasukan media PTTI