February 25, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Spread the love

“Kami Tak Sabar Untuk Hiburkan Peminat di Malaysia” Culture Wars

Nama kumpulan Culture Wars mungkin agak janggal bagi segelintir peminat muzik di Malaysia, namun bagi peminat dan penggemar muzik indie khususnya, nama Culture Wars seakan sudah sebati malah muzik dambaan mereka yang boleh diklasifikasikan cukup unik itu telah berjaya meletakkan ‘jenama’ itu di pentas muzik antarabangsa.

Jadi tidak hairanlah mengapa Culture Wars telah dipilih untuk menjadi ‘opening act’ konsert Maroon 5 yang akan berlangsung esok (12 Februari 2025), di Stadium Hoki Bukit Jalil.  Mereka akan mempersembahkan 8 buah lagu bersempena konsert tersebut.

“Meskipun ini adalah persembahan kami yang ke 2 kalinya di Malaysia, dimana sebelum ini kami pernah mengikut jelajah LANY yang pernah beraksi di sini pada tahun lepas.  Kami yakin dan percaya ramai peminat di sini yang rindukan kami”, ujar Alex Dugan yang juga merupakan vokalis Culture Wars.

“Kali pertama kami beraksi di hadapan lebih 10 ribu penonton yang sudah pasti cukup memberikan impak kepada kami.  Justeru itu, kami merasa cukup teruja untuk memberikan persembahan terbaik buat semua”, katanya  ketika temubual eksklusif yang di adakan di Kuala Lumpur pada 11 Februari lalu.

Sementara itu David Grayson turut memberitahu bahawa Culture Wars telah giat mengadakan latihan , menjaga stamina demi memastikan persediaan untuk konsert kali ini berada di tahap yang paling optimum.

“Meskipun kami tinggal di lokasi yang berlainan, kami sedaya upaya untuk memberi ruang agar latihan yang pesat dapat di lakukan”, ujarnya.

Apa yang pasti Culture Wars akur dengan syarat dan garis panduan dikeluarkan kerajaan terhadap artis antarabangsa malah ianya di anggap tidak berat malah berjanji akan patuh dengan peraturan tersebut demi menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia.

“Kami sering membuat persembahan di serata dunia dan sebagai tetamu, kami sentiasa menghargai setiap peluang yang diberikan. “ Kami sedar ini bukan rumah kami. Bila masuk rumah orang, kita kenalah ikut syarat ditetapkan,” tambah Alex

Untuk rekod Cultures Wars dibarisi oleh Caleb Contreras, Dillon Randolph, David Grayson dan Josh Stirm cukup popular dengan deretan lagu-lagu seperti Heaven, Wasting My Time, It Hurts dan sebagainya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page